≡ Menu

Ringkasan Kenyataan Darul Ifta’ Al-Misriyyah

Ustaz Noorazam Bahador

1. Hak untuk berhimpun dan mengadakan demostrasi Aman adalah hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan dan Undang-Undang,dengan syarat dipastikan ianya benar-benar aman dan jauh dari tindakan yang boleh merosakkan negara dan rakyat.

2. Wajib ke atas Negara Mesir melalui insititusi negara yang ada untuk memastikan dan memelihara keselamatan Rakyat yang berhimpun,dan memelihara nyawa mereka.

Pada masa yang sama juga,Negara mestilah mengambil tindakan kepada pihak yang melalukan kerosakan dan bertindak menakut-nakutkan rakyat,dan diingatkan bahawa tindakan yang diambil oleh Negara mestilah bertepatan dan tidak melanggar perlembagaan.

3. Darul Ifta’ menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab dan kewajipan ke atas Negara dan semua aliran Politik yang wujud untuk mengelakkan sepenuhnya tindakan ganas,dan memelihara keselamatan rakyat tanpa mengira apa sahaja aliran Politik mereka.

Tindakan keras tidak akan mampu menyelasaikan permasalahan.

Sebaliknya dialog adalah jalan terbaik untuk sampai kepada penyelesaian.

4. Darul Ifta’ mengingatkan bersungguh-sungguh buat sesiapa sahaja dari warga Mesir agar tidak mencemarkan tangan mereka dengan darah saudara mereka sendiri dalam negara ini.

Mencemarkan tangan dengan darah bukan semata-mata dengan tindakan membunuh,bahkan ianya boleh berlaku melalui ucapan dan seruan untuk melakukan keganasan.

5. Membawa sebarang senjata oleh sesiapa sahaja ke perhimpunan Aman adalah haram dari segi syara’.

6. Darul Ifta’ menegaskan bahawasanya ia tidak turut dalam mana-mana pertimbangan Politik yang wujud,akan tetapi Darul Ifta’ menyeru agar para bijakpandai dari semua aliran politik yang ada untuk berusaha agar kita dapat keluar dari krisis ini tanpa menanggung kerugian yang lebih besar.

7. Menjadi kewajipan buat semua,ketika kita berhadapan dengan krisis dan situasi sebegini untuk bermunajat dan kembali kepada Allah S.W.T,dan besungguh-sungguh berdoa memohon agar Allah mengeluarkan Mesir dari krisis ini dengan baik.

(Jumaat 2 Ogos 2013)

– Ustaz Noorazam Bahador

source

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment