≡ Menu

Scleroderma

Scleroderma

Scleroderma ialah sejenis penyakit yang luas biasa,”chronic autoimune disease”. Penyakit ini telah menyerang 150,000 hingga 500,000 rakyat Amerika, khususnya kaum wanita yang berumur diantara 30 hingga 50 tahun. Kejadian ini berlaku pada anggaran 30 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk dan nisbah diantara perempuan dan lelaki pula ialah empat perempuan berbanding seorang lelaki.

Kesukaran Mengenalpasti Diagnosis.

Olen kerana penyakit ini daripada jenis yang ganjil dan tidak ramai doktor yang pakar mengenainya, diagnosis yang tepat tentang penyakit ini sukar dilakukan dalam masa yang singkat. Pada peringkat awal. simptom penyakit ini menyerupai lain-lain penyakit seperti “connective tissue diseases”, contohnya sepeni penyakit Systemic Lupus Erythematosus, Polymyositis, Rheumatoid Arthritis. Keadaan ini menyebabkan pesakit terpaksa menanggung penderitaan yang begitu lama sehinggalah mereka dapat dediagnosiskan dengan sahih mengidap penyakit ini.

Jenis-Jenis Scler0derma.

Terdapat dua jenis utama penyakit Scleroderma, iaitu “Localizod‘ dan “System:’c”.Jenis “loca!:’zed” pula dipecahkan kepacla dua jenis iaitu “Morphea” dan “Linear”. Jenis ini hanya menyerang kulit (kadangkala tisu di bawah kulit) tetapi tidak menyerang lain-lain organ di dalam badan. Jenis “Systemic” pula menyebabkan “fibrosis” (scar tissue) berlaku pada kulit dan atau organ-organ di dalam badan. “Fibrosis” akan menyebabkan kulit dan organ-organ yang kena serangan penyakit ini
menjadi keras. Keganjilan mi menyebabkan penyakit Scleroderma lebih popular dikenali sebagai “penyakit yang mengubah manusia menjadi batu”.

Punca-Punca Sclerodermaz.

Punca-punca yang menyebabkan penyakit Scleroderma masih belum diketahui hingga hari ini. Ada beberapa kes Scleroderma disahkan berlaku kerana pesakit telah terdedah kepada bahan kirnia. Genetik jenis ‘fetal cells” dan Virus mungkin juga menjadi penyebab kepada meningkatnya jumlah pesakit Scleroderma.

Tidak Berjangkit atau Cancerous.

Scleroclerma tidak diklasifikasikan sebagai penyakit mudah berjangkit (contagious). lni bermakna ancla tidak akan mendapat penyakit Scleroderma dengan berjabat tangan, berdakap, mengadakan hubungan seksual, berkongsi utensil makan, batuk atau selsema. Ianya juga bukan sejenis kanser

Simptom dan Rawatan.

Pada masa ini tidak ada jenis rawatan sahih yang boleh rnenyembuhkan penyakit Scleroderrna. Bagaimanapun, terdapat rawatan terapi yang efektif bagi mengubati simptom-simptom penyakit bagi penyakit Scleroderma. Kebanyakan simptom yang disenaraikan dalam gambar-gambar berikut adalah daripada kategori”Diffuse Scleroderma”.

Ujian Klinikal.

Terdapat beberapa siri ujikaji terapi yang telah menampakkan kejayaan bagi merawat penyakit Scleroderma. Ini termasuklah “Stem Cell Transfusion” (BMT) dan Relaxin.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment