≡ Menu

Selamat Biarpun Dicampak ke dalam Kandang Singa

525614-lion

 Abu al-‘Aliyah rhm. menceritakan: “Semasa kami menakluk kota Tustar yang meniadi salah sebuah kota penting di Parsi, kami mendapati antara kekayaan yang ditinggalkan dalam istana Hurmuzan ialah sebuah tempat tidur yang terbang di atasnya mayat seorang lelaki dalam keadaan sebuah kitab diletakkan di atas kepalanya.
 
“Lalu, kami mengambil kitab itu dan membawanya kepada Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Khalifah telah memerintahkan seorang cendekiawan Muslim terkenal,Ka‘ab untuk menterjemahkannya kepada bahasa Arab.”
 
Abu al-‘Aliyah berkata selanjutnya: “Akulah orang Arab pertama yang membaca kitab tersebut. Aku membacanya seperti aku membaca al-Quran.
 
Abu Abdillah (perawi kisah ini) bertanya kepada Abu al-‘Aliyah: “Apa yang ada dalamnya?”
 
Beliau menjawab: “Dalam kitab ini terdapat sejarah, pelbagai persoalan tentang kehidupan, ucapan-ucapan serta apa yang berlaku setelahnya.”
 
Perawi bertanya lagi: “Apakah yang kamu lakukan terhadap mayat yang ditemui itu?”
 
Abu al-‘Alijah Inenjawab: “Kami menggali lubang kubur pada siang hari sebanyak 13buah secara terpisah. Apabila malam tiba, kami kuburkan dan ratakan seluruh kuburan tersebut agar kami dapat menyembunyikannya daripada pengetahuan orang ramai dan tidak menggalinya kembali.
 
Beliau menjelaskan: “Benar! Dahulu, jika mereka ditimpa kemarau, mereka akan membawa jenazah di tempat tidur tersebut ke kawasan lapang, lalu turunlah hujan.”
 
“Agak-agaknya, siapakah orang itu?”
 
“Seseorang yang disebut dengan nama Danial,” beliau memberitahu.
 
“Sudah berapa lamakah beliau mati?”
 
“Kemungkinan sejak 300 tahun yang lalu,” jawab Abu al-‘Aliyah.
 
“Apakah perubahan yang berlaku pada jenazah Nabi Danial a.s. itu?” tanyanya lagi.
 
Beliau menjawab: “Tidak ada apa yang berubah melainkan beberapa helai rambut di bahagian tengkuknya. Sesungguhnya, tubuh para nabi tidak hancur dimakan oleh bumi dan juga tidak dimakan oleh binatang buas.”
 
Sanad hadis ini sahih sampai kepada Abu al-‘Aliyah.
 
Akan tetapi, jika tahun wafatnya seperti yang dilaporkan dalam lingkungan 300 tahun, tentulah beliau bukan seorang nabi. Beliau hanya orang soleh yang memiliki karamah iaitu jasadnya tidak rosak walaupun telah meninggal sekian lama. Ini disebabkan antara tempoh perutusan Nabi Isa bin Maryam a.s. dengan Nabi s.a.w. tidak ada seorang nabi pun diutus. Ini berdasarkan nas yang ada dalam Sahih al-Bukhari. Jarak antara Nabi Muhammad s.a.w. dan Isa a.s. adalah sekitar 400 hingga 600 tahun, malah ada yang mengatakan 620 tahun.
 
Menurut pandangan sesetengah ahli sejarah Muslimin, ada kemungkinan Nabi Isa a.s. diutuskan sekitar 800 tahun yang lalu, menjadikan zaman perutusannya dekat dengan masa perutusan Nabi Danial a.s.
 
Walau bagaimanapun, pendapat yang paling kuat ialah jasad itu sememangnya milik Danial a.s. kerana menurut sejarah, Danial a.s. telah ditangkap oleh raja Parsi dan wafat dalam keadaan terpenjara.
 
Dalam satu riwayat dengan sanad yang sahih kepada Abu al-‘Aliyah dikatakan bahawa panjang hidung baginda ialah satu jengkal. Dalam riwayat yang lain dengan sanad yang jayyid (baik) pula daripada Anas bin Malik r.a. bahawa panjang hidungnya satu hasta.
 
Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abu al-Zanad daripada ayahnya, beliau bercerita: “Aku pernah melihat di tangan Abi Burdah bin Abu Musa al-Ash‘ari r.a. terdapat sebentuk cincin yang diukir gambar seorang lelaki berada di antara dua ekor singa yang sedang menjilat orang tersebut pada mata cincin.”
 
Abu Burdah menjelaskan: “Cincin tersebut milik orang yang sudah menjadi mayat.
 
Penduduk negeri ini mengata- kan beliau ialah Nabi Allah Danial a.s. Cincin itu telah diambil oleh Abu Musa ketika jenazah hampir dikebumikan.”
 
Abu Burdah berkata: “Kemudian, Abu Musa r.a. bertanya kepada ulama negeri tersebut mengenai lukisan yang terdapat pada cincin tersebut.”
 
Menurut mereka, raja yang berkuasa pada zaman Danial pernah didatangi oleh ahli nujum yang memberitahu raja bahawa pada satu malam tertentu akan lahir seorang anak lelaki yang akan menghancurkan kerajaan raja itu. Maklumat yang mencemaskan itu menyebabkan raja mengarahkan agar setiap bayi lelaki yang dilahirkan hendaklah dibunuh.
 
Atas takdir Allah s.w.t., mereka tidak membunuh bayi bernama Danial yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka mengambil bayi itu, lalu dilemparkan ke dalam kandang singa. Maha Suci Allah yang telah memeliharanya. Singa yang ganas itu tidak mengapa-apakannya. Kemudian, ibunya datang dan mendapati singa-singa itu sedang menjilat-jilatnya. Ini menjadi bukti penjagaan Allah s.w.t. atas para utusannya.
 
Menurut para ulama negeri tersebut, bersempena dengan peristiwa itu, Nabi Danial a.s. mengukirkan gambarnya dengan gambar kedua-dua ekor singa yang sedang menjilatnya pada mata cincin agar beliau tidak lupa akan nikmat Allah s.w.t. kepadanya sejak kecil.
 
Para ulama hadis telah menilai hadis ini sebagai hasan
 
Pengajaran
 
1. Allah s.w.t. Maha Berkuasa memberikan perlindungan kepada hambanya daripada
tipu daya musuh.
 
2. Para nabi merupakan golongan yang paling banyak mendapat ujian.
 
3. Allah s.w.t. berkuasa memberikan pemeliharaan kepada hambanya ketika hidup
dan selepas mati, termasuk menjaga jasadnya daripada rosak.
 
4. Khalifah Umar al-Khattab sengaja memerintahkan agar digali banyak lubang untuk mengelakkan orang ramai mengetahui kubur sebenar kerana bimbang akan diagung-agungkan oleh golongan jahil yang menganggap adanya keramat di kubur seseorang.
 
5. Ukiran pada mata cincin dibenarkan selagi ia tidak berbentuk pemujaan, kesyirikan ataupun yang berkaitan dengan syahwat.
 
Realiti Manusia dan Kehidupan
 
Tidak mempunyai masa atau bertangguh
menoleh ke belakang atau ke hadapan .
 
al-hayat
 
perjalanannya seperti putara alam
setia mematuhi perintah
yang diperintahkan.
Mempunyai masa dan
untuk bertangguh
menoleh ke belakang dan ke hadapan.
 
al-insan
 
bersatu dengan al-hayat
lupa kepada Khalik.
 
Kerugian yang ditempuh al-hayat
berganti kerugian yang ditempuh al-insan,
tidak berganti
kecuali mengembalikan ibadah kepada Khalik.
 
Yang melupakan ibadah
memilih bersatu dengan al-hayat
menunggu di pintu kemusnahan
kemusnahan bersama-sama
al-hayat dan al-insan
seperti disaksikan dunia hari ini.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment