≡ Menu

Senarai Nama-Nama Menteri di Kabinet Baru Mesir

Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil akhirnya mengumumkan nama-nama pegawai peringkat menteri yang akan bekerja dalam kabinetnya, Khamis (2/8/2012). Ini adalah 35 kedudukan menteri beserta nama pejabatnya.

-Menteri pertanian dan penanaman lahan adalah Saleh Abdul Mu’min, ketua Pusat Penyelidikan Pertanian.

-Menteri kaji purba dijabat oleh Muhammad Ibrahim, bekas profesor arkeologi di Universiti Ain Syams, yang bekerja di Dewan Tertinggi kaji purba Mesir dan pernah menjawat jawatan dalam kabinet PM Kamal Al Ganzouri pada kedudukan yang sama.

-Menteri komuniskasi dijabat oleh Hani Mahmud, seorang jurutera yang mengetuai Pusat Maklumat dan Penyokong Polisi di kabinet.

-Menteri penerbangan awam belum diumumkan.

-Menteri kebudayaan dijabat oleh Sabir Arab, mantan ketua perpustakaan dan rekod kebangsaan yang pernah beberapa bulan menjawat jawatan kedudukan yang sama di kabinet Al Ganzouri.

-Hussein Tantawi ketua Dewan Tertinggi Tentera (scaf) sebagai menteri pertahanan, jawatan yang dipegangnya sejak tahun 1991.

-Menteri urusan air minum dan sisa dijabat oleh Abdul Qawi Khalifa, yang menjabat sebagai gabenor Kaherah sejak April 2011 dan pernah menjadi CEO di syarikat air minum.

-Ibrahim Ahmad Ghonim ditugaskan menjadi menteri pendidikan. Ia adalah wakil rektor Universiti Terusan Suez.

-Menteri tenaga dan elektrik dipegang Mahmud Balbaa, pengarah utama syarikat elektrik milik negara Mesir.

-Menteri lingkungan dijabat oleh Khalid Abdul Aziz, pembantu profesor di sebuah institut nasional di bidang perancangan untuk masalah anggaran ekonomi. Jabatan ini pada asalnya ditawarkan kepada calon parti Salafi An-Nur, tetapi kemudian ditolak.

-Menteri kewangan dijabat oleh Mumtaz Al Said, bekas wakil menteri kewangan dalam kabinet Essam Sharaf dan menjabat posisi yang sama di kabinet Ganzouri.

-Menteri luar negera dijabat oleh orang yang sama dalam kabinet Ganzouri, iaitu Muhammad Kamal Amr.

-Menteri kesihatan diserahkan kepada Muhammad Hamid Mustafa, profesor bidang perubatan di Universiti Kaherah.

-Menteri pendidikan tinggi dijabat Mustafa Musaad, seorang profesor yang bertanggungjawab dalam urusan pendidikan di pasukan kempen Mursy.

-Tariq Wafiq, seorang jurutera diserahi jabatan menteri perumahan. Ia adalah ketua jawatankuasa perumahan di Parti Kebebasan dan Keadilan bentukan Al Ikhwan.

-Menteri maklumat diserahkan kepada wartawan kawakan yang juga anggota Al Ikhwan terkemuka, Salah Abdul Maqsud.

-Menteri dalam negeri dijabat Jeneral Ahmad Jamaluddin, timbalan menteri dalam negeri sebelumnya.

-Menteri urusan insurans dan sosial dijawat oleh orang yang sama di kabinet Ganzouri, Najwa Khalil.

-Menteri pelaburan dipegang oleh Usamah Saleh, ketua pihak berkuasa perdaganan bebas dan pelaburan Mesir, GAFI.

-Menteri kehakiman dijabat seorang hakim terkemuka bernama Ahmad Makki, bekas wakil ketua mahkamah banding Mesir.

-Menteri pembangunan tempatan dipegang oleh Ahmad Zaki Abidin, gabenor Kafr Al Sheikh dan pernah menjadi gabenor Bani Suaif.

-Menteri sumber manusia dijawat oleh Khalid Al Azhari, seorang tokoh yang terkemuka di Parti Kebebasan dan Keadilan dan terpilih menjadi ahli parlimen dalam pilihanraya tahun lalu, yang kemudian dibubarkan mahkamah.

-Menteri pengeluaran tentera dijawat oleh orang yang sama dalam kabinat Essam Sharaf dan Ganzouri, iaitu Aly Sabry.

-Menteri urusan parlimen dipegang tokoh liberal Parti Al Wasat, Muhammad Mahsub.

-Usamah Kamal pengarah syarikat minyak negara dilantik menjadi menteri perminyakan.

-Menteri perancangan dan kerjasama antarabangsa dijabat Ashraf Al Arabi, bekas ketua pejabat teknikal di kementerian perancangan.

-Menteri waqaf, semacam menteri agama, dijabat oleh petinggi Universiti Al Azhar, Usamah Al Abd.

-Menteri penyelidikan sains dijabat Nadia Zakhary, pegawai yang sama dalam kabinet Ganzouri. Ia adalah profesor biokimia dan biologi ketumbuhan di Institut Kanser Nasional.

-Menteri sukan dijabat seorang usahawan yang merupakan pemimpin kelab bola sepak terkemuka Ahly, iaitu Al Amry Faruk.

-Menteri bekalan dan urusan sosial dijabat oleh wakil pengarah utama syarikat makanan milik negara Muhammad Abu Zaid.

-Hisham Zaezou yang pernah menjawat jawatan menteri pelancongan di era 1990-an dilantik kembali menjadi menteri pelancongan.

-Menteri perdaganan dan industri dipegang oleh pengusaha yang merupakan tokoh Al Ikhwan terkemuka, Hatim Saleh.

-Menteri pengangkutan dijawat oleh Muhammad Rashad, profesor di Universiti Kaherah.

-Menteri sumber air dan pengairan dijabat oleh Muhammad Bahauddin Saad, yang pernah menjawat jawatan kepala kuasa pengairan.

-Usamah Yassin, anggota pengurus Parti Kebebasan dan Keadilan bentukan Al Ikhwan dilantik menjadi menteri pemuda. Ia terpilih sebagai ahli parleman, yang kemudian dibubarkan mahkamah bulan lalu.

Sebelumnya sudah diumumkan bahawa para menteri yang akan bekerja dalam pemerintahan Presiden Mursi dan dipimpin oleh Perdana Menteri Hisham Qandil ini akan diijabat oleh orang-orang yang ahli di bidangnya.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment