≡ Menu

Seni Arca Menurut Pandangan Islam

Seni Arca Menurut Pandangan Islam

Seni arca atau seni lukisan seringkali dijadikan sebagai perhiasan samada perhiasan di dinding rumah  atau pada corak pakaian. Ia juga dikatakansebagai satu seni yang melambangkan keindahan juga ke  kreatifan si pelukisnya. Seni ini telah wujud sejak beribu tahun dahulu dengan kombinasi dijadikan  sebagai Tuhan untuk sembahan manusia lampau. Namun setelah kedatangan Islam, ianya semakin berkurangan. 

Ini kerana, Islam melarang umatnya meniru-niru atau membuat sesuatu yang seolah menyaingi kekuasaan Allah. Mengambil contoh ketika pembukaan Kota Mekah, Rasulullah S.A.W mengarahkan agar semua berhala dan patung yang berada di kota Mekah dan ka’bah dibuang. Menjadi bukti bahawa Islam melarang keras segala jenis perkara yang melawan kekekuasaan Allah. Sabda Nabi S.A.W:

Maksudnya:

“Sesungguhnya manusia yang paling keras azab siksanya pada hari kiamat adalah mereka yang meniru ciptaan  Allah S.W.T”

Maksudnya :

“Sesungguhnya orang yang membuat gambar-gambar ini akan disiksa pada hari kiamat, dan dikatakan kepada mereka, ‘Hidupkanlah apa yang telah kalian buat!”

Pengertian hukurn lukisan atau gambar pada zaman Rasulullah S.A.W adalah sangat luas. Ini disebabkan kebanyakan lukisan yang dibuat pada zaman itu adalah untuk dijadikan ‘ sebagai sembahan mereka. Namun mengikut peredaran zaman kini, seni lukisan atau area bukan hanya tertumpu pada lukisan sembahan sahaja, bahkan sudah menjadi keperluan semasa. Contohnya, fotografi, pawagam, television dan pelbagai kemudahan terkini lagi. Justeru, dalam masalah ini terdapat pelbagai perselisihan pendapat.

Para Ulama’ Salafussaleh telah membahagikan permasalahan lukisan ini kepada dua bahagian:

Melukis dengan tangan

1. Sebahagian Ulama’ menghukumkan haram segala jenis bentuk lukisan sama ada ianya ukiran atau lisan berbentuk benda hidup atau sekadar lukisan biasa. Mereka berpendapat bahawa segala macam lukisan ini adalah seumpama menyayingi atau melawan kekuasaan Allah SWT. lni adalah pendapat Imam Mujahid, berdalilkan Hadis Qudsi:

Dari Abu Huraira R.H berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: Allah Ta ‘ala berfirman: Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang akan membuat satu ciptaan seperti ciptaanKu, maka hendaklah mereka menciptakan safu dzarrah atau biji atau gandum (Shahihain, Riwayat Muslim)

2. Merujuk Syarah Imam Nawawi, mengatakan bahawa hadis yang bermaksud sekeras-keras azab bagi yang meniru ciptaan Allah S.W.T adalah dikhususkan untuk pembuat berhala. Jelas menunjukkan bahawa mereka adalah kafir laknatullah yang menyengutukan Allah S.W.T. Namunjika si pembuatnya tidak bermaksud untuk disembah, maka ia dikira sebagai berdosa besar tetapi-tidak dikatakan kafir

3. Jumhur Ulama berpendapat bahawa adalah harus hukumnya jika lukisan itu tidak bernyawa.

Melukis dengan alat

Dalam permasalahan ini, kamera digambarkan sebagai alat untuk melukis. Maka sebahagian Ulama’ menyamakan masalah. ini dengan melukis menggunakan tangan. Ini kerana tangan juga berfungsi menggerakkan segala peralatan tersebut, sehinggalah gambar itu terhasil.

HUKUM MENYIMPAN LUKISAN BERBENTEK JASAD

Namun begitu, bagi sebahagian Ulama’ yang lain membolehkan dalam masalah ini. Mereka berpendapat bahawa mengambil gambar dengan alat tidak dikatakan meniru ciptaan Allah S.W.T, bahkan hanyalah sekadar memindahkan gambar setiap penciptaan AllaH tanpa mengubahnya. Mereka mengendalikan seperti bentuk tulisan seseorang, jika terdapat bentuk tulisan orang yang kedua maka bukan bermakna ianya sama, tetapi hampir sama. Berbeza jika bentuk tulisan orang pertama tadi dipindahkan meLalui fotografi, maka yang muncul adalah bentuk tulisan orang yang pertama itu sendiri.

Pertama: Apabila gambar atau lukisan itu mempunyai bentuk jasad (patung) maka hukum menyimpannya adalah haram. Ibnu Arabi telah menukilkan ijma’ dalam masalah ini sebagaimana dinyatakan dalam Fathul bari, ia mengatakan, ijma’ ini tempatnya pada selain permainan anak-anak perempuan. Dan dalam kita tersebut juga disebutkan sebuah hadis Aisyah r.a, ia maksudnya

“Dahulu aku bermain-main dengan boneka anak perempuan di sisi rasulullah S.A.W dan aku mempunyai beberapa teman yang selalu bermain bersama-ku. Make apabila Rasulullah masuk merekapun berlari keluar, lalu baginda menarik mereka kepadaku hingga mereka bermain bersamaku semua.”

Ibnu Hajar menjelaskan, hadis ini sebagai sebagai dalil terhadap bolehnya gambar untuk digunakan sebahagi permainan bagi anak-anak wanita. Juga dikhususkan bagi keadaan darurat, seperti keperluan doktor sebagai membantu pesakitnya atau gambar yang dijadikan sebagai panduan untuk bersolat, dengan syarat mukanya di padamkan. Hal ini merupakan suatu kekhususan dari keumuman dalil yang melarang menggunakan gambar. ‘

Kedua: Jika lukisan itu tidak berbentuk jasad, seperti gambar di atas sesuatu. Maka terdapat beberapa pendapat dalam masalah ini:

1. Apabila gambar atau lukisan tersebut digantung dengan tujuan untuk diagungkan dan dibesar-besarkan seperti gambar raja atau pemimpin dan sebagainya, maka ianya termasuk haram kerana terdapat: dalamnya unsur berlebihi-lebihan terhadap makhluk dan menyerupai para penyembah patung dan berhala.

2. Jika gambar atau lukisan yang digantung itu untuk dijadikan sebagai kenangan, maka ia juga termasuk dalam haram.

Maksdunya:

“Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar”

3. Jika gambar tersebutdigantung dengan tujuan memperindah dan menjadi perhiasan, ia juga termasuk yang
dilarang berdasarkan hadis Aisyah R.H telah berkata:

“Satu ketika Rasulullah SAW tiba dari suatu perjalanan sementara aku telah menutupi rak tempat barangku dengan sehelai kain tipis bergambar. Maka tatkala Rasulullah melihatnya, beliau merobeknya dan berkata, ‘Manusia yang paling berat azab siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menyaingi ciptaan Allah’. Aisyah berkata, maka akupun menjadikannya sebagai satu atau dua buah bantal.”

4. Jika gambar tersebut digunakan sebagai barang yang hina dan digunakan sebagai peralatan biasa seperti gambar yang terdapat pada tikar atau bantal atau pada peralatan lain, Imam An Nawawi telah menukii ijma’  jumhur Ulama’ dengan membolehkan dalam hal tersebut.

Ibnu Hajar juga menukilkan dalam Fafhul Bari kesimpulan dari apa yang dijelaskan oleh lbnu Arabi:
kesimpulan hukum penggunaan gambar atau lukisan, jika ia mempunyai jasad (patung) maka ianya haram secara ijma’ dan jika tidak berjasad iahya terbahagi kepada empat:

– Diharuskan secara mutlakjika ianya sekadar hiasan pada pakaian. .

– Tidakdiharuskan secara mutlak jika tergambar di atas sesuatu

– Jika gambar itu memiliki bentuk yang sempurna maka haram hukumnya, namun jika kepala atau bahagian- bahagian yang lain dibuang maka hukumnya dibolehkan.

– Jika ia djigunakan sebagai barang yang remeh maka izinya boleh digunakan,tetapi jika dengan tujuan untuk digantung maka ia tidak dibolehkan.

5. Jika gambar seseorang yang masyhur, yang mana gambarnya telah tersebar luas di dada-dada majalah atau akhbar, dan si empunya diri tidak bermaksud sedemikian, bahkan mereka membencinya, maka ia dibolehkan.  Seperti gambar-gambar pemimpin atau raja.

Kesimpulannya di sini, jelas kepada kita bahawa setiap penggunaan gambar atau lukisan jika ianya bertujuan untuk diagung-agungkan atau dijadikan kenangan adalah tidak dibenarkan. Namun jika ianya dijadikan sebagai perhiasian pada pakaian atau peralatan biasa ianya dibenarkan selagimana tidak hampir kepada perbuatan menyaingiaan kekuasaan Allah S.W.T.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

Contoh lukisan haram
{ 1 comment… add one }
  • Farina Al-Khareid 17/06/2015, 7:19 pm

    dulu, seni banyak mengandungi unsur unsur hindu. sejak kedatangan islam, seni itu ditukar kepada yg lebih baik. gambar2 haiwan bertukar kepada gmbr tumbuhan. so, seni itu indah.

Leave a Comment

Next post:

Previous post: