≡ Menu

Strok ( Penyakit Angin Ahmar)

Strok ( Penyakit Angin Ahmar)

Strok atau angin ahmar merupakan masalah keshatan yang diak baran oleh salur darah otak yang tersumbat atau pecan seterusnya menyebabkan pendarahan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kematian sel- sel otak dan menyebabkan fungsi otak terjejas, sepertu fungsi otak berkaitan dengan percakapan, penglihatan atau pergerakan seseorang.

EPIDEMIOLOGI

Sepuluh peratus (10 %) dari kematian di negara-negara maju adalah disebabkan oleh strok. Insiden strok pada 1997 di negara Malaysia adalah 68.38 per 100 00 populasi dan ianya tertinggi di kalangan penduduk berbangsa Cina dan diikuti dengan bangsa Melayu dan India.

Kejadian strok sering dikaitkan dengan mereka yang berpendapatan rendah (Kelas V) dan risiko untuk mendapat strok meningkat dengan peniugkatan umur. Lelaki dan perempuan mempunyai risiko yang sama untuk mendapat strok.

FAKTOR RISIKO

1. Individu yang menghidap hipertensi (penyakit darah tinggi)

2. Individu yang mengalami masalah jantung

3. Paras kolesterol darah yang tinggi

4. Merokok

5. Kurang aktiviti fizikal/Kurang bersenam

6. Berat badan yang berlebihan/Kegemukan yang melampau.

TANDA DAN GEJALA

Majoriti dari pesakit tidak mempunyai sebarang gejala-gejala strok. Selalunya tanda-tanda strok dapat dikesan semasa pemeriksaan rutin.

Bagaimanapun tanda-tanda dan gejala-gejala yang boleh dialami adalah:

1. Pening kepala (kepala/keadaan sekitar seperti berpusing )

2. Pitam atau pengsan

3. Anggota badan iaitu tangan dan kaki merasa kebas atau lemah atau kedua-duanya sekali

RAWATAN

Rawatan untuk strok adalah bergantung kepada penyebab strok itu sendiri. Masalah saraf dan kelumpuhan akibat pendarahan atau kerosakan sel di otak biasanya sukar dipulihkan kecuali pada kes yang tidak begitu teruk. Di peringkat awal selepas berlaku strok, rawatan sokongan serta ubat tertentu diperlukan untuk mengelakkan kerosakan otak yang lebih meluas atau lebih teruk.

Rawatan sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap keterukan strok, di mana ianya boleh terdiri dari bangun penafasan, pemantaan status kardiovaskular, pemberian cecair yang diperlukan tubuh (bendalir intravena) serta jagaan kejururawatan.

Di peringkat seterusnya, rawatan adalah lebih tertumpu kepada terapi rehabilitasi iaitu bagi mengelakkan komplikasi akibat masalah kelumpuhan atau lemah anggota, cara penggunaan tandas, penyesuaian tabiat pemakanan serta sokongan emosi. Rawatan diperingkat ini memerlukan sokongan dari setiap anggota keluarga bagi memastikan individu berkenaan dapat menikmati kualiti hidup yang sebaik mungkin. Penggunaan vitamin peransang saraf otak mungkin digunakan walaupun kesan pemulihan dengan penggunaannya adalah tidak begitu menggalakkan

PECEGAHAN

Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di Amerika Syarikat. Lebih dari 2,600 rakyat Amerika mati setiap hari dari penyakit kardiovaskular manakala lebih dari 60 juta mengalami masalah tersebut. Ramai lagi telah mengalami serangan jantung atau angin ahmar manakala ada. yang menghadapi risiko tinggi dan sedang mendapatkan rawatan serta melakukan perubahan yang perlu untuk mengurangkan risiko yang sedang mereka hadapi.

Sebenarnya, banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan jantung anda lebih sihat walaupun anda telah melalui pengalaman yang teruk. Perubahan yang sihat akan menolong untuk merasa dan kelihatan lebih sihat. Kadar kematian dari serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain penyakit jantung akan menurun jika cara hidup yang sihat diamalkan. Ini bermakna cara hidup sihat memainkan peranan yang amat besar. Sekaranglah waktunya untuk mengubah fikiran anda untuk mengawal masa depan anda. Setiap perubahan yang dibuat akan memudahkan anda membuat perubahan yang seterusnya. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:

1. Amalkan pemakanan yang sihat

2. Amalkan senaman yang teratur.

3. Kekalkan berat badan unggul.

4. Jangan merokok.

5. Kurangkan stres.

6. Penjagaan kesihatan yang sempurna

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

maklumat kerosakan otak ketagihan strok
{ 1 comment… add one }
  • Farina Al-Khareid 17/06/2015, 11:37 am

    strok ni memang satu penyakit yang sering dihadapi oleh masyarakat. kita perlu menjaga kesihatan kita agar tidak terkena strok. amalkan gaya hidup yg sihat. shaklee ada supplement untuk mengekalkan kesihatan anda

Leave a Comment