≡ Menu

Taufan Buat Kaum ‘Ad

Taufan Roke - 1

 
Kaum ‘Ad telah dihancurkan dengan satu fenomena  alam iaitu taufan yang kencang(رىح صرصر). Allah  s.w.t. merakamkan dalam firmannya, ayat ke-6  surah al-Haqqah yang bermaksud: “Sedangkan kaum  ‘Ad, mereka telah dibinasakan dengan angin
taufan yang sangat sejuk.”
 
Rih sarsar menurut catatan Ibn Mas‘ud, Ibn  Abbas dan ahli sejarah lain daripada tokoh  tabiin ialah tiupan angin yang sangat sejuk.  Allah s.w.t. menggambarkan kedahsyatannya  melalui firmannya dalam surah al-Haqqah ayat 7 yang bermaksud: “(Kalaulah engkau  menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum  itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka  batang-batang pohon kurma yang telah kosong  (lompang).”
 
Angin taufan itu telah menerbangkan semua  orang. Hanya beberapa tempoh sahaja mereka di  udara. Selepas itu, mereka semua jatuh  terhempas ke tanah dalam keadaan kepala ke  bawah sehingga menyebabkan kepala mereka hancur. Perkara ini juga dikhabarkan dalam ayat  ke-19 hingga 20 surah al-Qamar yang bermaksud:
 
 “Sesungguhnya, Kami telah mengirimkan tiupan  angin yang teramat kencang kepada mereka pada hari malapetaka yang berterusan, nahs  mustamir (نحس مستمر). Angin itu menumbangka  (setiap) orang. Mereka bagaikan batang-batang kurma yang tumbang.”
 
Ada tafsiran mengatakan bahawa nahs mustamir berlaku pada hari rabu sahaja. Namun, Imam Ibn Kathir dalam Qasas al-Anbiya menyatakan pendapat sedemikian tidak benar ia bertentangan dengan ayat al- Quran yang lain. Antaranya seperti Allah yang bermaksud: “Kami tiupkan angin yang sangat kencang kepada mereka selama beberapa hari yang malang (bagi mereka).”(Surah Fussilat 41: 16)
 
Begitu juga dalam ke-7 surah al-Haqqah yang bermaksud:”Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam lapan hari tidak henti-henti.”
 
Taufan Pemusnah
Taufan yang melanda kaum ‘Ad benar-benar bersifat pemusnah sebagaima firmannya dalam surah al-Dhariyat ayat ke-41 yang bermaksud “Dalam kisah kaum ‘Ad (yang Kami kemukakan), ketika Kami mengirim angin yang menghancurkan.”
Taufan itu berangin, tida membawa awan dan tidak pula mendebungakan pepohon. Sebaliknya, ia merosakkan apa-apa sahaja yang dilandanya. Allah berfirman yang bermaksud: “(Angin itu) tidak membiarkan sesuatu pun yang dilandanya, bahkan dijadikan semuanya seperti debu.” (Surah al-Dhariyat 41: 42)
 
Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim claripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya “Angin itu bertiup dari arah timur dan kehancuran kaum ‘Ad dihentam oleh angin yang sama dari arah barat.” Ertinya kehancuran mereka adalah kerana dilanda tiupan angin yang datang dari kedua-dua arah yang bertentangan.
 
Disangka Rahmat, Tetapi Azab
 
Tatkala kaum ‘Ad melihat gerombolan awan sedang menuju ke arah mereka dari kejauhan, mereka menyangka ia awan gelap yang akan menurunkan hujan. Padahal awan itu merupakan azab. Mereka meyakini bahawa awan itu membawa rahmat, padahal ia membawa seksa dan penyakit. Mereka berharap awan itu membawa kebaikan dan kesihatan, padahal awan tersebut membawa keburukan.
 
Pada awal ayat 24 surah al-Ahqaf, Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila mereka melihat azab itu berupa awan yang berjalan menuju lembah-Iembah tempat mereka, maka mereka berkata: ‘Inilah awan yang menurunkan hujan untuk kita.”
Nabi Hud berkata (dalam ayat yang sama), mafhumnya “Bukan! Bahkan itulah azab yang kamu minta disegerakan kedatangannya.” Azab yang dimaksudkan itu dijelaskan di akhir ayat yang sama, maksudnya: “(Iaitu) angin yang mengandungi seksaan yang amat pedih.”
 
Angin puting beliung itu menghentam mereka selama tujuh malam lapan hari berturut-turut sehingga tidak seorang pun daripada mereka yang terkecuali. Bahkan orang yang berlindung di dalam gua-gua dan gunung pun tidak terlepas daripada terjahan angin tersebut. Bangunan-bangunan megah dan pencakar langit yang mereka banggakan semuanya ranap. Itulah jawapan Allah atas kesombongan mereka ketika mereka berkata: “Masih adakah orang yang Iebih kuat berbanding kita?”
 
Melayang Dibawa Angin
 
Ibn Abi Hatim menyampaikan riwayat Ibn Umar, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya “Allah tidak mengirim angin kepada kaum ‘Ad yang menghancurkan mereka, kecuali bagaikan wadah cincin. Angin itu melintasi orang yang tinggal di gurun. Mereka diterbangkan bersama-sama perkakas rumah dan kekayaan mereka, melayang-layang di udara antara langit dengan bumi. Ketika para penduduk yang tinggal di perkampungan kaum ‘Ad menyaksikan kejadian tersebut, mereka berkata: ‘Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita.’ Orang yang tinggal di gurun yang melayang-layang bersama-sama perkakas dan peralatan mereka dilontarkan kepada para penduduk kampung tersebut.”
 
Dalam riwayat yang sama disampaikan daripada Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah tidak mengirimkan angin kepada kaum ‘Ad kecuali ia berbentuk seperti cincin (melingkar bulat). Kemudian, angin itu dikirimkan kepada penduduk yang tinggal di gurun menuju ke perkampungan. Ketika para penduduk kampung melihat kejadian itu, mereka berkata: ‘Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita ke arah lembah-lembah kita.’ Ketika itu, orang yang tinggal di gurun telah berada di dalam gulungan angin kencang itu. Orang yang tinggal di gurun itu dilemparkan dari udara dan menimpa para penduduk di perkampungan sehingga mereka mengalami kehancuran.”
 
Doa Menghindari Bahaya Angin
 
Dalam hadis riwayat Muslim, daripada Aisyah r.ha., beliau berkata: “Apabila Rasulullah s.a.w. melihat angin bertiup kencang, maka Baginda berdoa yang maksud: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu kebaikan angin ini, kebaikan apa-apa sahaja yang Engkau kirimkan dengannya, dan aku berlindung kepadamu daripada keburukannya. Daripada keburukan apa-apa sahaja yang ada di dalamnya dan keburukan apa-apa sahaja yang Engkau kirimkan dengannya.”
 
Aisyah r.ha. melanjutkan kata-katanya: “Apabila langit kelihatan redup dan mula berubah warna, maka Baginda keluar masuk dan mundar-mandir.
 
Apabila hujan telah turun, maka kegelisahan Baginda lenyap. Ketika saya (Aisyah) mengetahui hal tersebut, maka saya bertanya kepadanya. Rasulullah s.a.w. menjawab, maksudnya: ‘Wahai Aisyah, siapa tahu mungkin angin itu seperti yang dikatakan kepada kaum ‘Ad. Ketika mereka melihat awan bergulung-gulung menuju lembah-lembah mereka, mereka berkata: ‘lnilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami.”” (Riwayat al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah)
 
Demikian azab yang ditimpa kepada kaum ‘Ad sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Kathir rhm. dalam Qasas al-Anbiya’. Wallahu a‘lam.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment