≡ Menu

Tersungkur Di Pintu Taubat (part 2)

Sambungan dari Part 1

 

Deringan jam di meja memecah kesunyian rumah teres satu tingkat itu. Husni membuka matanya. Badannya masih terasa letih dan sengal. Dia bingkas bangun lalu memerhati biliknya. Kelihatan pakaiannya bersepah di lantai bersama sepasang pakaian lelaki. Dia menoleh lalu mendapati Joe, teman lelakinya sedang tidur nyenyak. Husni menggaru kepalanya, memikirkan bagaimana teman lelakinya boleh berada didalam biliknya. Perlahan-lahan dia bangun lalu mencapai bathrobe yang tergantung di penyidai. Pintu biliknya dibuka perlahan lalu dia melangkah keluar ke ruang tamu. Kelihatan Lin dan John nyenyak tidur dalam keadaan berpelukan di atas sofa rumahnya. Si Yun dengan India tu confirm ada dalam bilik ni, gumamnya. Kepalanya sarat memikirkan tentang teman lelakinya. Akhirnya dia teringat bahawa ketika tiba di rumah, teman lelakinya sedang menunggunya. Tanpa berfikir panjang, dia mengajak teman lelakinya masuk ke dalam rumah. Hurmm, gasaklah apa yang dah jadi, getusnya lalu mencapai gelas. Pintu biliknya terbuka dan Joe melangkah keluar. Husni memerhati teman lelakinya. Tangannya menuang jus oren kedalam gelas. Joe melangkah mendapatkannya lalu memeluknya dari belakang.

“Kuat betul ye you,” ujar Joe. Tangannya memeluk teman wanitanya. Husni meneguk jus orennya.

“Kuat apa pula?” soalnya berpura-pura. Joe mengeratkan pelukannya lagi. Nafsunya mula bangkit.

“Aiii, macam tak tahu pula ye,” balas Joe sambil ketawa. Pelukannya mula longgar.

“Hehehe, yela, manalah I ingat sangat malam tadi, balik dari club pun dah lewat,”

“Tulah, nasib baik I tunggu tak lama sangat,”

“Yela, mujur you tunggu,” balas Husni lalu meneguk habis jusnya. Joe menongkat dagunya di bahu teman wanitanya. Nafsunya makin menggila. Joe merapatkan mulutnya ke telinga teman wanitanya.

“Sayang, I want something from you right now,” ujarnya berbisik.

“What?”

“It’s secret and I will tell you in your room,” ujarnya sambil ketawa. Husni turut ketawa. Dia dah naik minyak dah ni, gumam hatinya.

“Tak payahlah secret, I tahu apa yang you nak,” ujarnya sambil mengenyitkan matanya. Joe ketawa melihat telatahnya. Mereka beredar ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci rapat dan hanya kedengaran hilaian tawa yang makin sayup diiringi dengan hasutan syaitan dan gelojak nafsu.

 

 

Joe menghisap rokoknya. Sejak pulang dari rumah teman wanitanya, hatinya terasa tawar. Bukan dengan dirinya atau kemewahannya, tetapi dengan teman wanitanya. Aishhhh, apa hal dengan gua ni? Itu perempuan gua punya awek, tapi apasal gua rasa tawar je dengan dia? gumam hatinya. Kakinya menekan pedal minyak kereta. Enjin Nissan Fairlady Z mengaum garang, memecut membelah jalan. Akan tetapi, otaknya mengelamun entah ke mana. Tiba-tiba dentuman kuat memecah lamunannya. Joe tersedar. Keretanya menghentam sebiji kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.Aduhh,apa pula yang aku hentam ni,gumam hatinya. Joe keluar dari keretanya. Seorang perempuan bertudung labuh keluar dari keretanya.

“Allah, kenapa ni encik?” soal perempuan tersebut. Joe meneguk air liurnya.

“Minta maaf cik, saya tak sedar tadi,” jawabnya. Wanita tersebut memeriksa belakang keretanya. Lampu kanan belakang kereta pecah manakala bumpernya kemek.

“Allah, encik tertidur ke?” soal wanita tersebut lagi. Joe mengangguk kepalanya. Angguk jela, lagipun silap aku, sapa suruh khayal, getusnya. Dia memeriksa keretanya. Hurmmm, pecah lampu depan, mau duit lagi ni, gumamnya.

“Habis macam mana ni encik? Ni bukan kereta saya,ni kereta kawan saya,” soal wanita tersebut. Joe menggaru kepalanya.

“Macam inilah cik, cik hantar kereta cik ke mana-mana workshop, kemudian berapa kos yang kena, saya bayarkan,” ujar Joe. Wanita tersebut mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail. Joe menyeluk dompetnya lalu mengeluarkan kad perniagaannya. Diletakkannya diatas bonet kereta wanita itu lalu dia memecut pergi dari situ. Wanita yang sedang menelefon rakannya sekadar mengeluh. Apa punya orang, orang nak settle sini dia boleh blah macam tu, getusnya. Matanya terpandang pada kad perniagaan yang ditinggalkan.

“Ni Una, dia ada tinggal business card dia, nantilah kita kira dengan dia,” ujarnya lalu mematikan talian.Johan Abdullah, Vice President Safeera Holdings, macam pernah je dengar nama syarikat ni, gumamnya. Dia masuk ke dalam kereta lalu memandu pergi.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment