≡ Menu

Tips lemak dan jantung


1 – Berat badan memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kesihatan kita. Seperti yang dimaklumkan, berat badan yang belebihan boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kegemukan terjadi apabila seseorang itu mengambil permakanan secara berlebihan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mereka mengambil makan secara berlebihan, kemudian tidak bergiat aktif seperti bersenam, maka kalori yang terkandung dalam makanan itu berubah menjadi lemah dan terkumpul di bahagian-bahagian badan seperti perut, paha, jantung dan sebagainya. Apabila lemak-lemak ini terkumpul pada jantung, ianya akan mengganggu gerak kerja jantung dan akhirnya menyebabkan penyakit jantung.

2-Makanan

Makanan memainkan peranan dalam kesihatan kita. Ramai yang ingin mengurangkan berat badan mereka tetapi tidak menggunakan cara yang betul. Rata-rata kebanyakan mereka lebih mempercayai ubat-ubatan dari mengawal secara fizikal. Makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak, dan makanan bersantan boleh menyebabkan kegemukan jika diambil secara berlebihan. Pengidap sakit jantung sering dinasihati supaya mengambil sedikit sahaja makanan berlemak. Mereka juga dinasihati supanya mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur, hati, otak dan sebagainya. Bagi mereka yang mengambil alkohol dinasihati untuk berhenti demi kesihatan tubuh badan mereka.

Oleh itu, pengambilan makanan yang dimasak secara panggang atau kukus itu lebih baik kerana ianya mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang sikit. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan juga diperlukan untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup.

3-Rokok

Ramai pengidap penyakit jantung merupakan seorang perokok. Speperti yang kita tahu, setiap sebatang rokok mengandungi pelbagai bahan kimia seperti butana yang digunakan dalam minyak petrol, minyak tar yang digunakan dalam membuat jalan dan sebagainya. Risiko perokok tegar untuk mengidap pelbagai penyakit lebih tinggi berbanding mereka yang bukan perokok. Dan rokok juga merupakan salah satu pembaziran dalam hidup kita.

4-Senam

Aktiviti bersenam seperti berjoging, mengayuh basikal, berjalan merupakan cara yang terbaik dalam menjaga kesihatan dan baik bagi mereka yang mengidap penyakit jantung. Senaman yang teratur dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan menjadikan tekanan darah turun sekaligus melancarkan pengedaran darah ke seluruh tubih badan.

5-Gaya hidup

Amalan dan cara hidup seseorang memainkan peranan pada kesihatan seseorang itu. Gaya hidup itu meliputi tabiat seseorang itu seperti merokok, permakanan, aktiviti bersenam dan sebagainya. Gaya hidup yang tidak sihat seperti malas bersenam, mengambil makanan berlemak secara berlebihan, merokok dan sebagainya boleh menyumbang kepada penyakit jantung. Oleh itu, kita perlu mengubah cara hidup kita demi kesejahteraan hidup kita.

Oleh itu, penjagaan jantung amat penting kerana sekiranya jantung kita tidak berfungsi, kita boleh dikira mati kerana kegagalan jantung berfungsi menyebabkan darah gagal sampai ke otak sekaligus menyebabkan otak kita mati dan berakhir dengan kematian…

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

tips penjagaan jantung,penjagaan jantung,cara penjagaan jantung
{ 1 comment… add one }
  • Farina Al-Khareid 17/06/2015, 11:13 am

    satu info yg mnarik. kita perlu menjaga jantung kita kerana ia merupakan organ terpenting. amalkan gaya hidup sihat dan makan makanan yg seimbang. shaklee ada supplement membantu tubuh anda kekal sihat

Leave a Comment