≡ Menu

Tips Pelik Menangani Orang Merajuk

Jika sebut soal merajuk, baik suami isteri, atau mana-mana pasangan pasti akan merajuk dengan pasangan mereka. Ada kalanya, ada mereka yang menjadikan merajuk ini sebagai suatu tindakan untuk membuat pasangan mereka menuruti kemahuan mereka. Ada juga yan menjadikan merajuk ini sebagai tempat melepaskan perasaan terhadap pasangan. Namun begitu, yang paling teruk ialah mereka yang menjadikan merajuk ini sebagai suatu hobi. 

Namun begitu, tabiat merajuk ini dapat di tangani jika kena pada cara yang kita lakukan. Kebanyakan daripada mereka yang merajuk sebenarnya meminta untuk dipujuk oleh pasangan mereka atau inginkan perhatian lebih terhadap diri mereka. Namun begitu, ianya berbeza pada setiap keadaan. Walaubagaimanapun, tabiat merajuk jika kerap diamalkan akan menimbulkan rasa rimas atau meluat pada diri pasangan dan akhirnya berlaku pergaduhan atau masam muka antara sesama mereka.

Seseorang itu tidak akan merajuk tanpa sebab. Antara sebab yang pertama, mereka yang merajuk sebenarnya inginkan perhatian. Perkara sebegini sering berlaku antara pasangan yang berkahwin atau belum. Mereka yang merajuk sebenarnya menginginkan perhatian yang lebih dari pasangan mereka. Atau erti kata yang lain ingin bermanja dengan pasangan. Apabila seseorang itu merajuk, mereka mahukan pasangan mereka memujuk,memanjakannya sehingga dia merasakan dirinya dihargai oleh pasangannya. Namun begitu, ada yang merajuk berlebih-lebihan sehingga menimbulkan rasa meluat dalam diri pasangan.

Antara sebab yang kedua ialah inginkan sesuatu. Mereka yang merajuk sebenarnya inginkan sesuatu dari pasangan mereka. Hal ini sering berlaku dalam institusi rumah tangga. Seorang isteri meminta daripada suaminya gelang tetapi suaminya tidak membelikannya. Akhirnya si isteri merajuk sehinggalah suaminya membelikan gelang yang diingininya. Mereka yang merajuk sebegini akan tersenyum apabila kehendak mereka dituruti. Dan ini berbeza dengan mereka yang merajuk kerana inginkan perhatian.

Yang ketiga pula, ada yang menjadikan merajuk ini sebagai hobi. Mereka yang menjadikan merajuk ini sebagai hobi akan merajuk setiap masa dan jarang sekali tersenyum. Menurut pakar motivasi, mereka yang kuat merajuk ini sebenarnya tidak matang dari segi pemikiran walaupun mereka ini bijak dalam pelajaran. Contohnya, jika seorang pelajar itu merajuk, apakah yang difikirkannya? pasti apa yang difikirkannya hanyalah pemikiran yang negatif. Sukar untuk kita jumpa mereka yang merajuk mempunyai pemikiran yang positif.

Ada dua cara untuk menangani mereka yang gemar merajuk ini. Pertama, pujuk. Andai kata yang merajuk itu pasangan anda, isteri atau suami anda, pujuklah sekadar anda mampu. Biasanya mereka yang merajuk ini mudah dipujuk jika pasangan mereka meminta maaf dan menyatakan sebab-sebab yang berkaitan. Tetapi andai kata yang merajuk itu sahabat anda, ungkaplah perkataan maaf kerana tidak rugi jika anda meminta maaf kerana kemaafan itu mampu menghilangkan bebanan di bahu anda.

Jika sudah dipujuk tetapi masih lagi hendak merajuk, saranan saya biarkan sahajalah. Ada lebih baik anda melakukan kerja yang lain dari memujuk pasangan anda. Rata-rata mereka yang merajuk apabila sudah dipujuk tetapi masih lagi hendak merajuk, pasangan mereka akan menghabiskan sebanyak-banyak masa untuk memujuk pasangan mereka, mengungkapkan pelbagai kata sehinggalah pasangan itu reda.

Saranan yang terbaik, biarkan mereka kerana apabila mereka dibiarkan, mereka akan terfikir semula dan akhirnya merasakan bahawa merajuk itu tiada gunanya. Bagi yang belum kahwin, biarkan sahaja. Tidak ada ruginya kerana belum tentu pasangan yang merajuk itu akan berkahwin dengan anda. Ada baiknya anda menghabiskan masa memujuk itu dengan melakukan kerja-kerja yang lain.

Sebenarnya tidak salah jika kita hendak merajuk, tetapi biarlah pada tempatnya. Jangan pula kita jadikan merajuk ini sebagai suatu hobi kerana merajuk ini bukanlah suatu tabiat dan merupakan antara sikap yang buruk.

 

“Sabar dalam detik kemarahan itu menghindarkan seribu penyesalan, dan tak rugi jika mereka itu bersabar.”

Dunia Maklumat

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

isteri kuat merajuk,cara atasi rakan kuat merajuk,cara hadapi suami kuat merajuk#spf=1,cara mengendali orang yg merajuk,cara tidak kuat merajuk,hukum Orang Kuat Merajuk
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment