≡ Menu

Tips Penggunaan Telefon Bimbit Berkamera

kajian telefon bimbit_billyinfo7

Jika anda adalah salah seorang daripada jutan pengguna yang ada telefon berkamera  dan mahukan   gambar yang terbaik, berikut adalah beberapa tips yang perlu anda ikuti.

Ambil gambar banyak-banyak.  Golongan pro akan mengambil ratusan foto daripada pelbagai sudut dan posisi. Kemudian pilih yang mana terbaik dan buang yang lain.  anda juga boleh mengambil foto dengan cara yang berlainan.

Pegang kamera dengan baik, guunakan kedua-dua tanganjika boleh. Tekan ambil gambar itu dengan baik. Kebanyakan imej yang dihasilkan adalah kabur kerana pergerakan ketika hendak menekan bebutang. Jika suasana selesaikan agak suram anda boleh pastikan yang kamera disuramkan dengan meletakkannya di sebelah pokok atau objek besar.

Pencahayaan

Berhati-hati dengan kualiti dan arah cahaya. Masa yang paling baik untuk merakam foto adalah dalam cahaya luar yang terang dan ruang bilik yang penuh dengan cahaya. Dalam cahaya seperti ini foto anda akan menjadi cantik. Jika dalam keadaan cahaya matahari yang terang pastikan anda membelakangkan objek yang hendak diambil fotonya. Cara ini mengelakkan kamera anda terdedah dengan cahaya yang berlebihan dan membuatkan objek lebih mudah diperhatikan. Untuk merakam warna yang baik pula, masa yang sesuai adalah senja atau syuruk di mana cahaya matahari masih kurang panas.

Dalaman, gunakan flash (jika ada) atau posisikan subjek berhampiran tetingkap di mana ada cahaya dari luar.

Gunakan cuaca; Hujan, salji atau kabus rnemberikan anda foto yang terbaik. Jika ia hujan atau salji pastikan kamera anda dilindungi daripada terkena air atau ais.

Pastikan anda berada di sebalik tingkap kereta atau rumah ketika merakam imej.

Pemandangan

Apabila mengambil potret individu atau kumpulan pastikan kumpulan itu berkedudukan serapat yang mungkin supaya muat pada bingkai imej. Jangan berdiri terlaiu jauh daripada kamera kerana ini akan membuatkan imej anda kabur. Jangan pakai topi atau kacamata hitam. Dapatkan juga latarbelakang yang baik. Untuk imej aksi seperti meniup Iilin pada kek harijadi,
perhatikan aksi dan baru rakam. Kelewatan ini adal ah sesuai untuk kamera digital.

Untuk imej aksi,’seperti meniup lilin pada kek harijadi, perhatikan aksi dan baru rakam. Kelewatan ini adalah sesuai untuk kamera digital.

Pada gambar lanskap tambah subjek pada bahagian depan. Tambahan ini merupakan rumahfatau apa sahaja untuk memberikan imej itu suatu titik menarik. Pastikan juga anda bermain dengan garisan horizon. Dengan cara ini anda pasti akan mendapat gambar yang sesuai yang lengkap dengan awan dan latar belakang yang menarik.

Pada konsert dan acara awam, rakamkan konsert itu secara keseluruhan dan tidak hanya kepada penghibur itu sahaja kerana anda tidak akan dapat merakam imej yang baik  dari jarak yang jauh.

Penyelenggaraan

Pastikan tebefon kamera anda sentiasa bercas.

Muat turunkan gambar-gambar dengan kerap, untuk membebaskan muatan memori untuk gambar-gambar lain.

Tambah lagi memori kepada telefon anda. Lebih banyak memori, lebih banyak foto yang boleh dirakam dan lebih banyak saat-saat indah dapat dirakam. Jika anda sedang melancong, pastikan foto-foto anda disimpan ke dalam CD.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment