≡ Menu

Tips Rawat Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Tips Rawat Masalah Rambut Gugur Selepas BersalinPernahkah anda mengalami masalah apabila menyikat rambut dan kelihatan segugus rambut yang gugur pada sikat yang anda gunakan? Ya, ramai wanita yang mengalami masalah tersebut terutamanya wanita yang sudah bersalin. Adakah ianya normal bagi wanita selepas bersalin? Jawapannya ialah ya! Kebanyakan wanita mengalami masalah ini dan jangan bimbang walaupun situasi ini membimbangkan, namun anda boleh mengurangkannya.

Ramai yang beranggap bahawa wanita yang bergelar ibu tidak perlu lagi untuk kelihatan cantik dan seksi. Namun, anggapan itu sama sekali salah. Ini kerana anda adalah wanita, kecantikan adalah keutamaan bagi anda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rambut gugur selepas bersalin. Salah satu daripadanya ialah rembesan hormone yang tinggi ketika hamil.

Seperti yang kita tahu, hormon progesteron dan estrogen adalah sangat perlu oleh badan wanita yang hamil, ini adalah penting untuk memberi nutrisi yang lebih kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan sebagai persediaan kepada perubahan fizikal wanita selepas hamil untuk memberi susu badan kepada bayi. Rembesan hormon ini akan kembali normal selepas bersalin dan pada waktu ini wanita memang amat cenderung untuk mengalami masalah keguguran rambut.

Masalah rambut gugur bagi wanita selepas bersalin bukanlah perkara yang luarbiasa. Walaupun banyak rambut gugur pada awal selepas anda bersalin, namun perkara tersebut tidak akan menjadikan anda botak. Amalan pemakanan yang baik dan juga menjaga kebersihan badan dan rambut dengan baik akan mengurangkan masalah ini. Tidak perlu panik, jika anda menjalani hidup yang sihat, masalah rambut gugur akan berkurangan selepas 6 hingga 12 bulan.

Amalkan memakan makanan yang kaya dengan protein, zat besi dan juga vitamin c yang tinggi, ini bukan sahaja penting untuk menjaga kesihatan badan anda, malah ia turut berguna untuk menyediakan nutrisi yang baik kepada bayi ketika anda memberi susu badan.

Elakkan membuat rawatan kecantikan rambut seperti mengerinting, mewarna ataupun meluruskan rambut. Ini kerana kebanyakan rawatan sebegini bukan sahaja menggunakan bahan kimia yang malah ia turut mengundang kepada penutupan liang-liang kepala dan menyebabkan rambut kurang tumbuh. Hindari daripada memakai rambut palsu jika anda mengalami masalah keguguran yang teruk. Ini kerana pemakaian rambut palsu akan menutup ruang udara di kepala dan menyebabkan rambut anda kurang bernafas lalu menyebabkan pertumbuhan rambut terbantut.

Seelok-eloknya pakailah tudung ataupun penutup kepala yang diperbuat daripada kain yang nipis dan berfabrik.
Sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut yang kronik, segeralah atasinya dengan mendapatkan nasihat daripada pakar penjagaan rambut dan dapatkan rawatan rambut yang sesuai untuk mengembalikan kesihatan rambut anda. Yang paling penting, jangan terlalu stress, kawallah emosi anda dengan baik dan bahagikan masa untuk mengurus diri anda dan juga menjaga anak supaya tidak terlalu membebankan diri sendiri.

Selesaikan masalah rambut gugur anda dengan CoolHijab sms/whatsapp : 014-5444383

SIAPA BOLEH GUNA COOLHIJAB

✔ WANITA BERKAHWIN
✔ ANAK DARA
✔ WANITA SELEPAS BERSALIN
✔ WANITA YANG BEKERJA BERTUDUNG 8 JAM SEHARI
✔ WANITA YANG BEKERJA DIBAWAH CUACA PANAS
✔ LELAKI YANG MEMAKAI KOPIAH, SERBAN DAN HELMET
✔ KANAK-KANAK YANG RAMBUT ‘MAKAN BANTAL’

INFO COOLHIJAB

1. Menghilangkan bau hapak & kurang enak pada rambut.
2. Menyejukkan kepala & rambut.
3. Melembutkan rambut.
4. Mengurangkan kelemumur.
5. Mengelakkan kegatalan kepala.
6. Memperbaiki rambut rosak.
7. Pertumbuhan rambut baru.
8. Merawat kepala berminyak.
9. Melegakan sakit kepala.
10. Memberi kesegaran minda.
11. Rambut wangi 24 jam.
12. Bertindak balas ketika kepala berpeluh.
13. Tidak melekit & berminyak.
14. KKM: NOT150504027K

Ramai yang dapat menghilangkan dan mengurangkan masalah RAMBUT BERBAU dan KEGUGURAN RAMBUT. Lebih 50,000 telah menggunakan CoolHijab sejak dari 2014.

SMS/Whatsapp “CoolHijab” 014-5444383

SMS/Whatsapp “CoolHijab” 014-5444383

SMS/Whatsapp “CoolHijab” 014-5444383

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 1 comment… add one }

Leave a Comment