≡ Menu

Toyota Vios Terbaru

Vios Baru

Dahsyat tak, hebat tak ?

Kereta Toyota Vios terbaharu bakal dilancarkan tidak lama lagi !

Menurut khabar angin,dianggarkan kereta baharu ini akan dilancarkan paling awal pada bulan September 2013 ini. Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa pelancarannya begitu lewat sedangkan berita tersebut sudah lama diumumkan ? Sebenarnya, menurut sumber, kereta ini sudah ada di Malaysia , namun masih dalam pembelajaran krew-krew tempatan.

Vios Laju

Jadi, apa yang istimewa tentang kereta berjenama Toyota terbaharu ini ?

Berdasarkan gambar-gambar di atas, sudah terang lagikan bersuluh, kereta baharu Toyota 2013 ini telah mendapat facelift yang menjadikannya lebih gagah dan garang di jalan raya. Jika hendak dibandingkan dengan kereta Vios yang terdahulu, kesemuanya berbentuk bulat berlengkung di bumper depan dan belakang.

Gambaran Vios Belakang

Namun,kali ini, kereta tersebut dengan perubahan baharunya tampil lebih “muscular” dan gah. Gaya baharu Toyota Vios ini mungkin kurang bertepatan dengan citarasa sesetengah orang, namun, tidak dapat dinafikan, perubahan kali ini menampakkan kelainan yang sangat ketara berbanding dengan generasi-generasi Vios yang terdahulu.

Tidak dilupakan juga, lampu belakang pada kereta Vios kali ini diubah kepada lampu LED yang menambahkan kilauan pada kereta tersebut.

Lampu Vios

Bagaimana Pula Enjin Kereta Vios ini ?

Hmm, dengan 1,497 cc, kereta ini dimuatkan dengan enjin 1.5 liter. Memang benar, enjin ini tidak besar mana, bahkan, ada pendapat yang mengatakan harga bagi kereta ini tidak berbaloi atau setaraf dengan enjin yang dibekalkan. Namun, walaupun muatannya enjinnya hanya 1.5 liter, kereta Vios 2013 ini mampu menghasilkan prestasi yang cukup baik dan lancar melalui sistem DOHC dan VVT-I di samping dapat menjimatkan minyak.

Ah, bagaimana pula interior kereta ini ? Alhamdulillah, interior yang direka kali ini cukup memuaskan

Kecemerlangan workmanship kereta ini terserlah pada dashboardnya. Jahitan pada dashboard kereta ini cukup kemas walaupun ternyata jahitan tersebut bukannya hasil kerja manusia. Namun, perkara ini cukup memadai bagi kereta entry-level seperti ini. Dan jika anda merupakan seorang yang terperinci, hasil kereta ini sudah pasti dapat memuaskan hati anda.

Selain itu, perubahan paling ketara dalam kereta ini ialah panel meter-nya. Dahulu, panel meter kereta ini sering terletak di tengah-tengah dashboard. Nampaknya, kali ini, pihak Toyota Motors Coporation telah mengambil keputusan untuk mengubah lokasi panel meter ke bahagian atas steering dashboard.

Bukan lokasi panel meter sahaja yang menerima perubahan, malah, backlit pada panel meter juga mendapat wajah baru, iaitu berwarna biru.

Meter  Vios

Walaupun dimensi kereta yang berukuran 4.4 meter pajang ini kekal sama, namun, ruangan dalaman kereta ini dikatakan lebih luas kerana pintu-pintu kereta ini berbentuk cekung sedikit , lantas menambahkan ruangan di kawasan siku. Di samping itu , ruangan bagi penumpang belakang juga bertambah disebabkan seatback hadapan yang lebih nipis.

Tidak dinafikan, pelbagai perubahan dan penambahbaikkan telah diimplimentasikan ke atas kereta Toyota Vios 2013 ini, namun, sepekara dua yang sedikit mengecewakan ialah faktor keselamatan kereta ini.  Kereta ini hanya membekalkan dua air-bags sahaja, tidak seperti kereta lain di pasaran yang membekalkan 4 dan 6 air-bags.

Sementelahan itu, kereta ini membekalkan ‘lower-end’  E dan J yang hanya didatangkan dengan 4 speed auto sedangkan kereta – kereta lain di pasaran didatangkan dengan 4 speed auto ke atas.

Mungkin pihak TMC mengehadkan speed auto untuk menyesuaikan kereta baharu ini dengan penunjuk “ ECO” yang baru ditambah. Dikhabarkan penunjuk “ECO” ini bertujuan untuk membantu pemanduan pemandu.

Dikhabarkan juga, varian yang terdapat untuk kereta Toyota 2013 di Malaysia ialah J, E, G dan TRD Superior.

-Spesifikasi Kereta Vios 2013-
Enjin: 
1,497cc
Transmisson: 
4-speed automatik
Kuasa Maximum: 
107 hp @ 6,000 rpm
 
Torque Maximum: 
141 Nm @ 4,200 rpm
0-100kmj:
12.0 saat
Kelajuan Maximum: 
170 kmj
 Emission CO2: 
147 g/km
Jadi, apa pendapat anda tentang wajah baru kereta Vios ini? Berbaloi atau tidak ? Garang ke tidak wajah barunya ? Tinggalkan komen anda di bawah.
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah

Incoming search terms:

gambar motor dinamik,gambar kereta vios,kerata vios baru,kereta toyota vios,kereta vios baru,kereta vios terbaru,meter kereta vios,vios meter 2013
{ 1 comment… add one }
  • Hero Borneo 02/05/2014, 3:26 pm

    cantik sungguh kereta toyota..memang ada impian untuk membelinya!

Leave a Comment