≡ Menu

Untuk mengekalkan cinta Positif Cintamu!

everyday-positive-thinking-1024x768

Usia perkahwinan sudah lebih 30 tahun, sudah mempunyai tiga orang cucu. Namun si isteri  meluahkan rasa hatinya: “Saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, sama ada meminta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”
 
“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan  pasti. Saya teringat ungkapan lama yang  menjadi pegangan diri sejak dahulu.
Ungkapan itu berbunyi: ‘Jika sesat di  hujung jalan, balik ke pangkal jalan.  Tetapi jika jalan sudah benar, namun  pelbagai masalah menghalang, jangan  berpatah balik, teruskan perjalanan!”’
“Mengapa pula?” tanya si isteri. “Jika puan boleh bersabar selama 30 tahun,  hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah  dalam bersabar. Yang penting, cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan  berada dijalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan  teruskan perkahwinan ini. “
 
“Saudara cakap senang, tetapi bagaimana  hendak terus positif jika dia terus  bersikap negatif?” Saya tersenyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan  untuk saya juga serta untuk kita semua.
 
Sebenarnya pemikiran yang betul ialah  syarat untuk kita bersikap positif. “Right  mental attitude” sangat penting dalam
melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang  betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah  tangga yang tidak menentu. Sikap ini perlu untuk tenang dan bahagia dalam diri tidak  kira apa yang sedang dihadapi di luar diri  kerana apa yang lebih utama ialah “what  happens in you”bukan “what happens to you.”
 
Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap  positif. Tanpa sikap yang positif, cinta  akan terbarai dan kebahagiaan akan  berkecai. Berikut adalah beberapa langkah  praktikal untuk membina pemikiran yang  positif seterusnya membentuk sikap yang  positif.
 
Fokus Tanggungjawab Bukan Menuntut Hak
 
Punca hati tidak tenang dan hilang  kebahagiaan dalam hidup kebanyakan manusia  ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak.  Manusia sering marah dan mengeluh dengan  berkata: “Aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak  mendapat apa yang kita harapkan. Betul  bukan? Selagi kita hidup, kita akan  alami pelbagai situasi iaitu ada masanya  susu yang kita berikan tetapi tuba kita  terima sebagai balasannya.
 
Dalam rumah tangga jangan mengharapkan  kesempurnaan daripadapasangan kita. Bunga  yang kita berikan, jangan menghamp bunga  sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana  tidak mendapat balasan lalu kita berhenti  menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokuskan  pada tanggungjawab.
 
Sebagai suami atau isteri, kita dituntut  oleh syariat untuk melaksanakan  tanggungjawab. Tunaikan hak pasangan kita
itu Iebih utama daripada kita menuntut hak  kita. Ah, apakah ini bgrerti kita akan  terus menjadi mangsa?
 
Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang,  percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus  membuang masa dan tenaga memikirkan tentang  apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa  yang perlu dan patut kita lakukan. Ramai  orang terseksa dengan kekecewaan dan geram  akan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini  atau begitu… Padahal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan.  Yang penting fokus kepada apa yang boleh  dilakukan untuk melaksanakan tangggungjawab.
 
Sebaliknya rasa-rasa yang negatif akan  ‘menyedut” tenaga, keceriaan dan akan nenyebabkan kedutan pada wajah kita.
Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh
ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan  terus memburu kemajuan dalam diri agar  lebih bahagia dan tenang dalam hidup, kita  perlu tinggalkan segala keegoan,  kepentingan, ketakutan dan sikap sukar  memaafkan.
 
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita  fokus kepada tanggungjawab dan selalu  berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan  berbanding dengan apa yang sepatutnya dia  (pasangan kita) lakukan.
 
Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal,  yakni tanggungjawab kita bukan pada sesuatu  yang di luar kawalan kita yakni hak kita  yang ada pada kawalan pasangan kita.
 
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan  tanggungjawab dengan baik sering mendapat  haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka  tidak mendapat balasan daripada pasangannya  pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam  hati mereka sepertimana ketenangan yang  dirasai oleh Asiyah; isteri kepada Firaun.
 
Sering Berdamping dengan Orang yang Positif
 
Siapa kita lima tahun akan datang  dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul  dan buku apa yang kita baca. Begitu  ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan  siapa kita meluangkan masa kita sangat  menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung  yang sama bulu akan terbang bersama-sama. Rasulullah s.a.w. menegaskan,  agama seseorang ditentukan oleh temannya.
 
Justeru, berhafi-hatilah memilih orang untuk  kita dampingi. Jauhi “toxic people” yang  sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu  domba dan rasa pesimis dalam melayari  kehidupan berumah tangga. Pernah terjumpa  orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan  berjumpa sahaja, dia mengeluh tentang badannya yang sakit,  sering ditipu, dilayan dengan buruk  sampailah kepada rumahnya yang sempit dan  macam-macam lagi. Apa yang anda dapat  daripada orang begini?
 
Oleh sebab itu jika jiran, teman atau  kenalan kita ialah orang yang tidak  “melahirkan” sesuatu yang baik dan positif  daripada diri kita, mengapakah tidak kita  buat sedikit penyesuaian? Kita berhak untuk  meletakkan satu jarak yang agak jauh agar  tidak “dijangkiti” oleh sikapnegatifnya.  Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang  membantu kita mengeluarkan sesuatu yang  terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat,  mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan  sahabat kita walaupun dia kelihatan baik  dengan kita! Ibarat pepatah Melayu; sokong  yang membawa rebah.
 
Jadilah Sekarang Masa Paling Gembira
 
Jika orang bertanya bilakah masa yang  paling gembira dalam hidup berumah tangga  kita, jawablah, “Sekarang!” Usah berpaling  ke belakang dengan mengatakan semasa mula-  mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa  hadapan dengan berkata: “Apabila anak-anak  sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan  berkata demikian kita telah “mernbunuh”  potensi hari ini.
 
Ya, memang masa kita mula-mula kahwin  dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira  itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu
telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa  ini, bukan pada masa lalu. Jadi, jadikanlah  masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah  untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu  dan hari esok masih belum tentu. Inilah  yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w., jika  kamu berada pada waktu pagi, jangan  menunggu waktu petang dan begitulah  sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri  sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
 
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat  kita berkali-kali dengan mengenangnya  selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang  kita dapat daripadanyadan selepas itu terus  lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat  saat gembira masa lalu kerana itu hanya  memori dan itu bukan lagi realiti yang   sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya,  carilah “resipi” yang menghasilkannya  dahulu dan dengan itu kita ciptakan  kegembiraan baru hari ini!
 
Cari Jalan untuk Mengatasi Stres
 
Stres akan menyebabkan keletihan dalam  pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan  akan membentuk sikap yang negatif. Oleh  sebab itu, para suami atau isteri mesti  menemukan cara untuk mengawal stres. Antara  kaedah terbaik adalah dengan melakukan  aktiviti fizikal, hobi atau minat kita.  Boleh jadi dengan berkebun, menenun,  membaca, bejoging atau bersukan.  
 
Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita  melalui aktiviti yang menyihatkan dan  menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari’ atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran,  jiwa dan emosi, kita akan melalui tempoh  “pause”atau istirahat. Lupakah kita bahawa  Rasulullah s.a.w. berlumba lari dengan  isterinya?
 
Ini akan memberi kekuatan untuk kita  meneruskan kehidupan dengan lebih baik.  Kita akan dapat melupakan seketika masalah  yang kita hadapi… bukan sebagai eskapisme  tetapi untuk kembali menanganinya semula  apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang  dan emosi kita telah kembali stabil.
 
Jangan Terlalu Serius
 
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang  serius tetapi perlu dijalani dengan tidak  terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan  sedikit gurau senda dan berhibur. Aisyah  pernah meletakkan dagunya pada bahu  Rasulullah s.a.w. untuk melihat tarian  orang Habshah. Hiburan umpama garam dalam  masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi  cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa  yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w.  lagikan bergurau dengan isteri-isterinya,  mengapa kita tidak?
 
Memang banyak perkana yang penting dan  kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan  kita. InsyaAllah, dengan unsur-unsur humor  dalam rumah tangga kita, hubungan kita  suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan  mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi  cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria akan  menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga,  seterusnya membina rumah tangga bahagia.
 
Apabila rumah tangga kelihatan malap atau  “sindrom bisu” mula melanda, cepat-cepatlah  ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang  dicadangkan ini. InsyaAllah, yang penting  bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana  kita melihatnya. Orang yang positif akan  sentiasa melihat sisi positif pada pasangan  dan keadaan yang sedang dihadapinya. Mereka  sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan  menyeksa dirinya dan membosankan pasangan  hidupnya!
jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment