≡ Menu

Wanita Mengikuti Perspektif Barat

01_YR333

Di manakah kedudukan wanita, hak-hak mereka dan sebagainya? lni yang menjadi persoalan masa kini. Para orientalis sentiasa mengatakan bahawa Islam meminggirkan wanita, Islam memundurkan wanita dan sebagainya. Sedangkan mereka terlupa bahawa agama Islam sebagai agama yang benar dan diredai Allah s.a.w yang paling memelihara hak-hak wanita.Para orientalis ini sering memperkatakan tentang hak-hak wanita, pembebasan wanita, kesamarataan dan lain-lain lagi bagi membuktikan bahawa mereka adalah pejuang dan penyelamat wanita moden.

ASAS TAMADUN BARAT

Negara barat berkembang di atas dasar yang  berbagai-bagai falsafah kuno, materialistik, atiesme dan sebagainya. Segala cara yang dapat  mencapai kebaikan boleh diamalkan iaitu fahaman  “matlamat” menghalalkan cara.

Sejarah kewujudan tamadun barat sebenarnya  bermula sejak kurun ke-l5 iaitu ketika Zaman di Eropah (Renaissance). Pertentangan antara  gereja dan pendokong perubahan sangat sengit, bahkan pendokong perubahan akan menentang
sesiapa sahaja menolak fahaman atiesme dan  matlamat menghalalakan cara. Mereka juga  mendakwa ajaran Kristian pada ketika itu sudah  menyeleweng dari ajaran oleh Nabi Isa a.s.

Menurut Dr. Rushdi Abu Shabanah Ali Al-Rashidi, tamadun barat tertegak di atas asas pemisahan  agama daripada politik dan juga fahaman  kapitalisme. Fahaman kebendaan yang menjadi  pegangan dan kebanggaan barat hanya mempercayai
benda yang boleh dilihat, dirasa, didengar,  diukur dan sebagainya dengan mengenepikan  kepercayaan wujudnya tuhan yang mencipta alam.  Ini bermakna, mereka hanya percaya dan beriman dengan perkara-perkara yang zahir sahaja.

Tamadun ini juga berkembang atas dasar taasub kepada negara, bangsa dan juga bahasa yang  diwarisi darirpada pemikiran filosof-filosof  Yunani dan Rom. Fahaman ini mula berkembang di  Eropah selepas tumbangnya Empayar Rom dan
berlakunya beberapa peperangan di benua Eropah  yang membawa kepada negara-negara kecil di  Eropah. Para pemerintah negara-negara ini telah  mewujudkan negara yang berasaskan perkauman dan  menyatukan satu bangsa di bawah satu negara.

Asas ketiga dalam perkembangan tamadun barat ialalh sistem demokrasi yang memilih dua orang  wakil Dewan Rakyat sebagai pemerintah untuk  melaksanakan segala dasar merangkumi hubungan  individu dengan negara, masyarakat dan sesama mereka. Dasar-dasar di dibentuk menurut ukuran  hawa nafsu semata-mata tanpa kembali kepada  ajaran agama yang sebenar. Sistem pemerintahan  di barat hanya berpandukan falsafah  materialistik dan pendapat-pendapat filosof purba dengan mengenepikan aspek agama dan  kepercayaan ketuhanan.

Ketika zaman kebangkitan Eropah pada kurun ke-18 dan ka-19, lahir ramai pemikir di benua Eropah.  Mereka mewarisi pemikiran filosof-filosof Rom dan  Yunani yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.  Antara tokoh pemikir yang masyhur adalah seperti  David Hartley, Voltair, Spencer dan juga Darwin. Hasil tulisan mereka banyak mempengaruhi  pembentukan negara-negara kecil di Eropah.  Terdapat juga segelintir penuiis yang beragama  Islam yang terpengaruh dengan pemikiran
mereka yang akhirnya melahirkan ‘syaitan bisu’  dalam masyarakat Islam.

KEDUDUKAN WANITA

Orientalis barat mengatakan bahawa Islam mengabaikan wanita dan menzalimi mereka. Pada pandangan kejahilan mereka, majoriti hukum dalam  Islam menguntungkan kaum lelaki. Menurut mereka  perceraian, poligami, harta pusaka dan banyak
lagi perundangan Islam yang merugikan kaum  wanita. Namun jika diiihat dalam sejarah tamadun  Eropah, wanita dianggap sebagai makhluk yang  tidak mempunyai sebarang hak dan niiai. Para  ahli falasafah Eropah Cuba mengkaji sama ada  kaum wanita mempunyai roh atau tidak, jika  mereka mempunyai roh, adakah roh kemanusiaan  atau kebinatangan. Seterusnya jika wanita mempunyai roh kemanusiaan, adakah kedudukan  mereka sama dengan kedudukan lelaki? lnilah fahaman sesat dan tidak berasas yang  tersebar di Eropah satu ketika dulu.

Wanita di Eropah sebenarnya ditindas dengan  begitu teruk sekali. Mereka tidak pernah  mendapat pembelaan yang sewajarnya dari semua  pihak sama ada para suami mahupun perlindungan  dari sudut undang-undang. Mereka adalah barang  dagangan yang boleh di jualbeli, mereka adalah  hamba suruh yang boleh diwarisi, mereka adalah  pelacur yang boleh dinoda sesuka hati.
Hakikatnya, kaum wanita di Eropah langsung tidak  mempunyai nilai tinggi.

Dr Mustafa Al-Sibaie ketika memetik tulisan  Rashid Ridha mengatakan bahawa masyarakat Eropah terutamanya di England mengharuskan penjualan  isteri oleh suaminya. Fenomena ini berlaku  sekitar kurun ke-5 hingga kurun ke-11.

Parlimen Scotland pula pernah meluluskan akta menafikan hak milik wanita, yakni wanita tidak dibenarkan memiliki sesuatu. Manakala Parlimen lnggeris pada zaman pemerintahan Henry VII menghalang wanita daripada membaca kitab  Perjanjian Baru (New Testament) iaitu kitab- kitab Injil (Bible) dan juga kitab Rasul-rasul  Isa.

Wanita Eropah juga tidak mendapat hak yang sewajarnya dalam bidang pendidikan. Mereka tidak dibenarkan memasuki institusi pengajian tinggi  dan universiti. Pendidikan untuk wanita hanya  sekadar boleh membaca dan menulis sahaja.
Sedarkah kita bahawa tokoh-tokoh ilmuan Eropah  pada Zaman Revolusi hanya dikuasai oleh kaum  lelaki. Kemanakah hilangnya tokoh-tokoh wanita?

Universiti pertama di Eropah yang membuka  peiuang kepada wanita ialah Universiti Zurich  pada tahun 1840. Pada tahun 1861, seorang wanita  Perancis telah memohon untuk memasuki  peperiksaan Ijazah Sarjana Muda tetapi  permohonannya itu ditolak sehinggalah Augene,  isteri Napoleon lll dengan bantuan Roland menterinya campur tangan dalam masalah itu.

Tetapi masyarakat barat yang materialistik dan budaya hippies nnendakwa mereka memperjuangkan hak-hak dan kebebasan wanita dalam masyarakat. Slogan utama golongan ini ialah wanita perlu  mendapat hak yang sama rata dengan lelaki dalam
semua bidang dan juga kebebasan wanita daripada  belenggu lelaki.

Mereka memperjuangkan kebebasan mutlak kaum wanita tanpa perlu menoleh kepada kauam leleki. Merera mahukan hak dan kebebasan seperti mana yang diperolehi kaum lelaki. Sebenarnya perjuangan golongan ini tidak lain dan tidak bukan hanya membebaskan isteri dari bayangan suami. Ini bermaksud para isteri tidak perlu menggunakan nama suaminya pada namanya dan isteri bebas membelanjakan hartanya tanpa izin suami.

Secara keseluruhan,perjuangan aktivis feminisme di barat berpaksikan tiga matlamat utama iaitu:

1. Hak sama rata yang maksima antara lelaki dan perempuan .

2. Kebebasan wanita dalam ehwalhiduponya.

3. Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan.

HAK SAMA RATA YANG MUTLAK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Hak sama rata antara lelaki dan perempuan pada masyarakat barat bukanlah seperti mana yang terkandung dalam ajaran islam yang mengutamakan hak-hak asasi wanita dan ajaran agama yang syumul, tetapi adalah kesamarataan yang maksimum tanpa mengira fitrah kejadian leleki dan perempuan. ini bermakna kaum wanita terpaksa melakukan semua perkara yang dilakukan oleh lelaki dalam segenap asoek kehidupan sama ada politik,sosial, ekonomi dan sebagainya.

Hak sama rata ini jugak bermaksud kaum wanita mesti membebaskan diri mereka dari kongkongan suami dan sifatnya sebagai ibu lantas menjadikan wanita adalah saingan bagi lelaki. Justeru, tempat bagi kaum wanita bukan lagi di rumah bersama anak-anak, tetapi di pejabat-pejabat, kilang-kilang tempat hiburan dan sebagainya.

Fenomena ini yang bermula sejajar dengan Revolusi Industri di Eropah pada kurun-17  telah menjauhkan wanita dari tanggungjawab wanita mereka yang sebenar iaitu mengurus rumahtangga. Kepesatan ekonomi dan industri pada masa itu telah mengheretkan wanita kekancah pekerjaan dan perburuhan setandingan dengan lelaki. Para suami tidak mahu menyara isteri mereka dengan alasan para isteri sudah boleh bekerja sendiri.

Keadaan ini membawa kepada kesan yang amat buruk trerhadap wanita. Mereka sering ditindas ditempat kerja. Mereka diberi upah yang rendah dan pelbagai pencabulan hak dilakukan terhadap mereka. Hal ini menyebabakan kaum wanita sudah mula mengabaikan tanggungjawab mereka yang sebenar. Kedudukan tanggungjawab masyarakat eropah pada pada ketika itu pada kucar-kacir dan rosak sekali.

Lihat dan renunglah., betapa hinanya kediudukan wanita dalam masyarakat barat yang dikatakan bertamadun dan moden ini. Kaum wanita menurut hak seperti mana yang diperoleh kaum lelaki seperti perceraian, pusaka,kehakiman dan sebagainya. Mereka merasakan diri mereka sudah cukup sempurna untuk menandingi lelaki. Mereka merasakan kejadian wanita adalah sebagi saingan bagi lelaki bukannya pelengkap kehidupan kemanusiaan seperti yang terkandung dalam ajaran Islam.

Namun begitu, terdapat juga tentangan mengenai hak sama rata antara lelaki dan perempuan. Menurut Salim Al-Bahsanawi ketika memetik tulisan Profesor Muhsin Muhammad banyak pihak menentang apabila kongres Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang ini akan menyebabkan hbenberap perkara yang tidak disenangi antaranya:

1. Hak sama rata akan menyebabkan wanita sibuk dengan kerjayanyanya di pejabat dan mengabaikan tanggungjawab rumah tangga.

2. Hak sama rata akan menafikan ke wajipan nafkah ke atas suami.

3. Hak sama rata akan menafikan keistemewaan wanita dalam penjara.

4. Hak sama rata akan mewajibkan wanita terlibat dalam bidang ketenteraan.

KEBEBASAN WANITA DALAM HAL EHWAL KEHIDUPANNYA

Apabila masyarakat barat mengatakan mereka telah maju, moden dan bertamadun, mereka terdedah kepad desakan kaum wanita untuk hidup bebas tanpa kongkongan suami. Kaum wanita boleh bergerak bebas mencari kerja dan melakukan apa sahaja. Sistem kapitalis yang diamalkan di eropah menggalakkan wanita keluar bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga. bagi mereka , pendapatan suami tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga disebabkan dasar kapitalis yang terlalyu bebas dan menindas golongan golongan bawahan.

Disebabkan keadaan ini, kaum wanita khususnya para isteri tidak lagi bergantung kepada suami untuk perbelanjaan rumahtangga. mereksa seolah-olah sudah bebas dari tanggungan suami dan suami kini tidak lagi mempunyai hak ke atas isteri kerana masing-masing mempunyai pendapatan sendiri.

Para isteri tidak lagi memerlukan suami kecuali untuk keperluan nafsu dan fitrah jiwa kemanusiaan. Bagi masyarakat barat, untuk memuaskan nafsu tidak perlu kepada perkahwinan yang sah dan kehidupan sebagai suam isteri. Jadi, untuk apa wanita harus tunduk kepada Ielaki dengan menjadi isteri hanya untuk kepuasan nafsu dan mengapa dia perlu menanggung beban menguruskan rumahtangga di rumah?

Kita dapat merasai sebenarnya, betapa wanita tidak rnendapat pembelaan yang sewajarnya dalam rnasyarakat barat yang dikatakan bertamadun itu. la tidak lebih hanyalah rnenjauhkan manusia dari jalan Allah SWT yang benar dan adil dan mendekatkan manusia kepada sifat-sifat kebinatangan yang tidak mempunyai akal dan fikiran.

PERCAMPURAN BEBAS LELAKI DAN WANITA

Masyarakat barat seboleh-bolehnya ingin menjadikan wanita seperti lelaki, di mana ada lelaki di situ juga mesti ada wanita. Bagi mereka, apa yang kaum lelaki boleh lakukan, kaum wanita juga boleh berbuat demikian.

Mereka mahukan percampuran yang bebas antara lelaki dan wanita tanpa ada batasan. Kaum lelaki boleh berineraksi dengan wanita secara bebas tanpa dikongkong oleh sebarang peraturan dan undang- undang. Seseorang lelaki boleh berjumpa dengan wanita lain tanpa perlu mendapat keizinan suarni wanita itu, begitu juga seseorang isteri boleh bertemu dan tidur dengan lelaki lain tanpa mendapat tentangan dari suaminya. Semuanya bergantung kepada kerelaan masing-masing.

Masyarakat juga ingin melihat percampuran antara Ielaki dan wanita dalam setiap bidang, sama ada politik, ekonomi, sosial, sukan dan sebagainya. Cuba kita lihat ketika kempen pilihanraya, wanita bebas untuk turun bebas kempen tanpa ada larangan dan tegahan. Bercampur dan bergesel dengan Ielaki tanpa segan silu dan rasa malu. Bagaimana pula lelaki dan wanita yang sama-sama memanjat gunung dan meredah sungai dengan saling tolong-menolong. Cuba lihat pula acara beregu campuran dalam permainan badminton dan tennis. lni semua adalah gaya hidup rnasyarakat barat yang rosak dan tidak berakhlak.

Suara aktivis feminisme di barat dengan pelbagai tuntutan mereka membawa kaum wanita lebih jauh dan kebenaran dan keadilan sebenar.

Tuntutan mereka rnengajak wanita melakukan perkara-perkara yang hararn dan menyalahi etika kemanusiaan hakiki.

Para isteri boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa perlu mendapat izin suami. Bukankah ini nusyuz namanya? Menagih hak kesamarataan boleh membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman. Mengapa isteri yang kurang tanggungjawabnya perlu mendapat bahagian harta pusaka sama dengan suami?

Menggalakkan percampuran bebas antara lelaki dan wanita seolah-olah mengajak wanita ke lembah pelacuran yang terlaknat. Menggalakkan wanita menjadi pelacur akan menjadikan mereka bahan hiburan kaum lelaki. Kaum lelaki boleh memuaskan nafsu mereka dengan bersuka-suka dengan wanita bila-bila masa yang dia suka. Wanita tidak Iebih hanyalah bahan mainan lelaki.

CONTOH PENINDASAN WANITA DI BARAT

Setelah kita menyelidiki kedudukan wanita dalarn tamadun barat dan juga matlamat perjuangan aktivis ferninisme di sana, kini kita akan melihat beberapa contoh peristiwa, peraturan dan undang-undang ciri barat yang menafikan hak wanita.

Semoga dengan pendedahan ini akan menutup mulut-mulut jahat para orientalis yang sentiasa menuduh Islam dengan pelbagai tuduhan yang keji.

Dalam Undang-undang Perancis (Undang-Undang Napoleon) yang diluluskan pada 1604 ada menyebut dalam Akta 218 yang berbunyi:

“Mana-mana wanita yang telah berkahwin walaupun perkahwinannya atas asas permisahan hartanya dengan harta suaminya, tidak boleh membelanja, memudahkan hak miliknya, rnenggadai, memiliki sesuatu yong bernilai atau tidak bernilai tanpa penyertaan bersama suaminya dalam perjanjian atau dengan persetujuan bertulis oleh suaminya.

Undang-undang Napoleon rnengandungi pelbagai akta dan peraturan yang menindas wanita. Mereka tiada hak dalam penyaksian dan penghakiman, menandatangani perjanjian sewa beli, memperolehi perlantikan rasmi tanpa persetujuan suami dan sebagainya. Jika mereka bekerja, upah yang diterima adalah menjadi milik suami. Undang- undang ini digunapakai di Perancis sehinggalah tahun 1928.

Di Scotland, kaum Ielaki menghalang pelajar-pelajar vvanita mernasuki universiti sehingga berlaku rusuhan yang amat sengit. Sebagai contoh, rusuhan yang berlaku dalam tahun 1870 di Edinburgh di antara pelajar-pelajar Kolej Perubatan dengan Iima orang pelajar perernpuan yang cuba memasuki kolej tersebut.

Di Perancis, seorang pelajar perempuan telah berjaya mernperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang perutatan tetapi tidak bermanfaat baginya kerana undang-undang yang membenarkan wanita menjadi pengamal perubatan hanya diluluskan pada tahun1892. Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai pendidikan tinggi dan ijazah lanjutan untuk Wanita di Eropah, kita perlu tahu bahawa undang-unclang membenarkan pelajar perempuan mendapat pendidikan peringkat menengah hanya diluluskan dalam tahun I924. Dalam politik pula, wanita pada awalnya tidak dibenarkan mengundi tetapi dibenarkan hanya pada awal kurun ke-20. Negara Denmark memberi hak mengundi kepada kaum wanita pada tahun1915, Sweden pada  921, Finland pada 19o6 dan Norway pada1913.

Contoh-contoh di atas sudah cukup bagi kita untuk mengetahui kedudukan sebenar wanita dalam masyarakat Eropah. Wanita di Barat tidak pernah mendapat perhatian dan pembelaan yang sewajarnya apatah lagi untuk mendapat keadilan. Barat sebenarnya hanya bersikap hipokrit apabila mengatakan Islam tidak mernbela wanita, Islam mengenepikan wanita dan sebagainya lagi. Kini, jelaslah kepada kita betapa kurangnya perhatian terhadap wanita di Barat sedangkan negara-negara Barat sering rnelaung-Iaungkan slogan keadilan dan hak asasi manusia.

Wanita pada pandangan Barat hanyalah barang dagangan dan barang mainan untuk kepuasan nafsu lelaki dan tidak lebih dari itu.

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 0 comments… add one }

Leave a Comment