≡ Menu

WIT? Kamera Digital Termahal Di Dunia…..

Kamera

Kini era kamera berfilem kian dilupakan oleh para fotografer. Namun tradisi kamera berfilem kini diganti oleh kamera digital yang kian melambak di pasaran dunia. Ada yan berharga RM200 hinggalah mencecah puluhan ribu ringgit. Tahukah anda terdapat beberapa buah kamera yang harganya mampu membeli sebiji kereta?

 

 Kamera

1-Hasselblad H4D-60 $41955=RM127749

Dengan duit sebanyak RM127749, anda mampu memiliki sebuah rumah atau menghantar anak anda ke sekolah elit tanpa memikirkan masalah kewangan. Tetapi bagi mereka yang gilakan kamera pasti tidak akan terlepas untuk memiliki Hasselblad H4D-60.

Dicipta untuk mereka yang benar-benar berprofesional, gabunan 60 mega pixel dan teknologi True Focus dan Phocus 2 menjadikan Hasselblad H4D-60 berada di kelasnya yang tersendiri. Dengan teknologi True Focus dan digabung dengan Hasselblad’s Absolute Position Lock processor menjadikan ianya lebih mudah untuk diselaraskan. Dengan harga melebihi $40000, anda bukan sahaja memiliki kamera, malah anda juga akan menjadi ahli kelab elit Hasselblad Owners Club dan sekaligus membawa anda ke dunia fotografer profesional.

 

2-Leica M9 Titanium  $29,000=RM88220

Dunia kamera kompak kini tidak asing bagi kita kerana kamera kompak mudah didapati di mana-mana sahaja. Tetapi bagi penggemar kamera kompak, jika anda berani, sila dapatkan kamera Leica M9 Titanium ini. Dengan sebanyak $8000 atau RM24000, anda hanya mampu memiliki body sahaja, tidak termasuk lens dan sebagainya.

Diperbuat daripada titanium, ianya menjadikan Leica M9 Titanium tahan lasak dak tidak mudah calar. Ditambah pula dengan cermin kristal sapphire sebagai pelindung monitor menjadikan ianya sebagai kamera kompak termahal.

 

3-Nikon D3X   $8000= RM24000

Nikon sememangnya terkenal dengan gelaran World Finest Lens. Jika dilihat pada sudut fotorafi, ianya mempunyai barisan kamera yang terbaik bermula dari kamera filem sehinggalah kamera digital. Nikon D3X merupakan sebuah kamera DSLR yang mempunyai resolusi 24.5-megapixel dan mempunyai FX-format CMOS sensor. FX-format menjadikan anda mampu mengambil 5 keping gambar secara continuous shot dalam masa 1 saat.

Nikon D3X diperbuat daripada aloi yan diguna dalam pembinaan menjadikan ianya tahan lasak. Mempunyai 2 slot kad memori dan sebiji bateri, anda mampu mengambil gambar sehingga 4400 keping sekali cas. Dengan lens yang melambak di pasaran, ianya sekaligus menjadikan dunia fotografi anda mudah.

 

4-Canon EOS 1Ds Mark III   $6,999=RM21300

Canon kini sering dikenali dengan produk printer yang sering digunakan. Tetapi sayap perniagaannya telah melebar ke bidang fotografi. Canon EOS 1DS Mark III ini berharga RM21300. Tetapi ianya hanya body sahaja, tidak termasuk lens dan sebagainya. Jika termasuk lens EF 800mm f/5.6L IS USM, jumlahnya mencecah $18998 bersamaan RM57920!!

Canon EOS 1DS Mark III mempunyai 21.1 mega pixel. Ditambah pula dengan Canon CMOS  sensor dan sistem 45-point AF menjadikan hasil gambar benar-benar berada di luar jangkauan anda. Tetapi kemungkinan untuk mengambil shot teruk masih ada.

 

Hanya mereka yang benar-benar addict dengan kamera sahaja sanggup mengeluarkan beratus-ratus ribu hanya untuk kamera. Namun begitu, para professional sanggup mengeluarkan belanja demi memuaskan hati mereka dengan hasil mereka. Namun begitu, dalam barisan kamera, gabungan harga keempat-empat kamera ini tidak mampu memiliki Leica 35mm o-class yan mencecah harga $2,18 juta.

Inilah gambar kamera termahal di dunia, amacam?Ada beran nak angkat?

Kamera

jobs from - my.neuvoo.com   bunting-murah
{ 1 comment… add one }
  • titan 19/12/2012, 5:53 pm

    peh, gila mahal. berpuluh ribu tu.

Cancel reply

Leave a Comment