≡ Menu

Apa Yang Anda Tahu Tentang Mandi Wajib?

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Jika sebut mengenai soal mandi wajib atau mandi junub, pasti ramai yang mengatakan bahawa mandi wajib sebenarnya mudah. Tetapi tahukah kita bahawa ramai yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukan dengan betul. Ramai yang mengetahui rukun mandi wajib, tetapi pelaksanaannya salah.

    Antara sebab seseorang itu wajib mandi wajib, menurut Ustaz Haji Mat Jais, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan, sebab-sebab mandi wajib terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah)

    Melakukan mandi wajib tidak boleh hanya berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Ini kerana apabila kita mandi wajib secara berdiri, air yang dijirus tidak rata kerana terdapat kawasan yang tidak disampaikan airnya seperti bahagian belakang dan kawasan dubur. Jika kita melakukannya secara mencangkung, terdapat beberapa kawasan yang terlipat kulit yang menghalang air dari terkena ada kulit. Perlu kita ketahui bahawa apabila kita melakukan mandi wajib, air perlu diratakan dan disampaikan ke seluruh anggota zahir bermula dari kepala hinggalah ke kaki. Tetapi ianya tidak memasuki rongga seperti lubang telinga,lubang hidung, mata dan selainnya.

    Mandi wajib mempunyai 3 rukun. Rukun yang pertama ialah niat. Menurut Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas berkata, niat ini boleh disertai apabila air untuk mandi wajib itu terkena pada kulit. Ianya tidak sama seperti mengangkat wudhuk yang mana niat perlu dilafazkan ketika kita menadah air di tangan untuk membasuh muka. Niat mandi wajib ialah “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala” atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala”

    Rukun mandi wajib yang kedua pula ialah keupayaan untuk mengalirkan air ke seluruh badan dan rambut. Dalam kitab Min Fiqh Al-Ibadat fi Mazhab As-Syafie karangan Ustaz Doktor Abdul Hamid Mutawalla, Universiti Al-Azhar:
    “Isti’ab ialah keupayaan menyampaikan air ke seluruh rambut dan badan dan tidak ada perbezaan antara rambut kepala dan selainnya dan tidak ada perbezaan antara tebal atau nipis”.

    Ianya didatangkan dengan sabda Rasulullah S.A.W:

    Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    “Sesungguhnya setiap rambut adalah janabah, maka basuhlah rambut dan gosoklah kulit.”

    (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) Kitab Bulughul Maram Juz 1 m/s 129.

    Dalam meratakan air ini, rambut perlu dibasuh samada panjang ataupun pendek dan juga setiap bulu di kulit yang zahir seperti bulu tangan dan kaki. Adapun bulu dalam luba hidung pula, tak perlu dibasuh kerana ianya dianggap batin tetapi wajib dibasuh apabila bernajis.

    Manakala rukun yang ketiga ialah menghilangkan najis. Mengenai rukun yang ketiga ini, ada ulama yang mengatakan bahawa ianya boleh dilakukan serentak ketika mandi wajib. Tetapi tidak menjadi kesalahan apabila kita mandi biasa dahulu untuk menghilangkan najis sebelum kita mandi wajib. Rukun yang ketiga ini menjadi khilaf antara fuqaha Syafie adakah menghilangkan najis ini fardu mandi atau tidak. Maka jawab Ustaz Doktor Abdul Hamid Mutawalla tidak perlu mandi dahulu dan tidak menjadi syarat untuk mengasingkannya. Ini menunjukkan bahawa menghilangkan najis itu boleh dilakukan serentak dengan mandi wajib tanpa perlu kita mandi biasa dahulu.

    Mengenai kuku, jika ada kotoran pada kuku, maka rerlu dibuang kerana ianya menghalang air sampai ke kulit. Ianya boleh dibuang ketika mandi. Adapun pada masalah rambut, bagi mereka yang menginaikan rambut, tidak jadi masalah kerana inai tidak menghalang air dari terkena pada rambut. Ini kerana inai akan meresap kedalam rambut. Berbeza pula dengan pewarna rambut kerana pewarna rambut akan menyalut rambut dan ianya menghalang air sampai ke rambut. Dalam hal ini, jangan pula disalah sangka dengan pewarna rambut yang mempunyai sijil halal JAKIM. Jika pewarna rambut itu tidak bernajis dan mempunyai sijil halal JAKIM, tidak bermaksud tidak sah. Tetapi untuk mengelakkan dari keraguan samada mandi wajib itu sah atau tidak, maka eloklah dibuang dahulu pewarna rambut itu.

    Mandi wajib mestilah dilakukan dengan air mutlak samada air telaga,air paip, sungai, laut atau tasik. Adapun mengenai air mutlak yang dicampur dengan sabun, ianya tidak sah kerana air mutlak itu telah berubah sifat asalnya.

    Demikianlah sedikit mengenai perkongsian mandi wajib. Perlu kia titik beratkan kerana ramai dikalangan kita hanya tahu tetapi mempraktikkannya salah.

    Dunia Maklumat

    Panduan Solat Sempurna

    – Rahsia Menambat Nafsu Isteri – Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi

    – Rahsia Menambat Nafsu Suami – Ebook terbaik buat para isteri yang ingin memuaskan suami dengan cara yang sensasi

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment