≡ Menu

Presiden Mursi Pecat Panglima Tentera Tertinggi Mesir

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Presiden Mesir Muhammad Mursi memecat ketua angkatan bersenjata dan menteri pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi. Mursi juga mengangkat Mahmoud Mekki, seorang hakim senior, sebagai wakil presiden Mesir.

    Seperti dinyatakan di dalam Al Jazeera, jurucakap Presiden Yasser Ali mengumumkan pemecatan itu dalam jumpa pers di Kaherah, Minggu (12/8/2012). Menurutnya, Tantawi kemudian digantikan oleh Abdel-Fattah el-Sissi sebagai menteri pertahanan.

    Pengumuman ini sangat mengejutkan kerana tidak lama selepas itu, ketua staf angkatan bersenjata menyatakan mengundurkan diri. “Pengumuman mengejutkan lainnya adalah mundurnya Sami Enan sebagai ketua staf angkatan bersenjata. Bakal banyak soalan muncul, terutama apakah Mursi siap dengan keputusan ini. Dalam beberapa jam kita akan lihat apa yang terjadi. Semua ini terjadi sangat tiba-tiba dan mengejutkan, “ujar wartawan Al-Jazeera melaporkan dari Kaherah.

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    Sejak kejatuhan Husni Mubarak Februari 2011, Tantawi memimpin Dewan tentera yang kemudian menguasai pemerintahan Mesir selama 17 bulan. Di bawah Mubarak, Tantawi menjabat sebagai menteri pertahanan selama dua dekad.

    persoalan Perlembagaan

    Di bawah isytihar perlembagaan sementara yang dikeluarkan sebelum Mursi diambil sumpahnya sebagai presiden, disebutkan bahawa seorang presiden tidak boleh mencampuri dan menetapkan institusi ketenteraan di negara itu termasuk menunjuk pemimpinnya.

    Sebelumnya Dewan Tentera telah mengeluarkan sebuah isytihar yang membubarkan parlimen Mesir terpilih di mana anggotanya kebanyakan adalah sekutu Presiden Mursi yang berasal dari kelompok Islam.

    Sebagai Ketua Dewan Tentera, Marsekal Tantawi selama ini merupakan pemimpin sementara Mesir pasca jatuhnya Presiden Mubarak tahun lalu.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan jurucakap presiden Mesir juga disebutkan bahawa yang harus bersara adalah Wakil Panglima Angkatan Bersenjata, Sami Annan.

    Ikhwanul Muslimin FB

    Dunia Makluma

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment