≡ Menu

Tersungkur di pintu taubat (Bahagian 1)

  • Kerja Part-time & Full time diperlukan !! ==>> LIHAT SINI
  • Prolog

     

    Dia mencapai telekungnya. Setelah sekian lama telekung itu tersepuk di penyidai rumahnya, akhirnya hatinya tergerak untuk memakainya. Setelah memastikan arah kiblat, dia membentangkan sejadahnya dan berdiri diatasnya.Saat tangannya mengangkat tabir, air matanya berjuntaian jatuh,luruh dari matanya membasahi pipi. Hatinya diselubungi perasaan syahdu. Dia meneruskan solatnya. Ruku’,i’tidal,sujud, itulah rukun solat yang ditinggalkannya sejak 7 tahun dahulu. Air matanya semakin lebat tatkala dahinya mencecah sejadah. Setelah memberi salam, dia menadah tangannya untuk berdoa. Ya Allah, besarnya dosa hambamu ini, sekian lama mengamabi tanggungjawab yang satu ini, yang menjadi fardu keatas setiap muslim. dia berdoa sambil air matanya turun. Titis-titis air mata mula membasahi telekungnya dibiarkan. Dia khusyuk berdoa. Perlahan-lahan bayangan dosa kembali memenuhi ruang fikirannya.

    7 tahun sebelumnya

     

    Dia mengenakan mini skirt yang dikeluarkan dari beg kertas. Sejak menjejak kakinya di ibu kota, hatinya terpaut pada fesyen yang dikatakan mengikut arus perdana. Akan tetapi,gajinya sebagai seorang pekerja hotel tidak mampu untuk mengikuti arus fesyen yang merebak bagaikan virus. Dia menggayakan pakaiannya. Hurmmm, lawa dan fit, bolehlah aku pakai malam nanti. Dia memusingkan badannya bagaikan peragawati memperagakan pakaiannya. Pakaian yang dibeli oleh teman lelakinya benar-benar mengikut arus fesyen yang baru. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka.

    “Wah,lawa skirt kau, sape beli?” soal Yun, teman serumahnya. Lin turut masuk ke dalam biliknya lalu duduk di atas katilnya.

    “Boyfriend aku, katanya ini fesyen yang terbaru,” jawabnya. Lin membelek beg kertas yang berada di atas katil.Sekeping resit pembelian menjadi tumpuannya dikeluarkan dari beg tersebut.

    “Wahhh,skirt ni sahaja dah cecah RM200, kaya betul boyfriend kau,” ujar Lin. Husni tersenyum lebar.

    “Yela, mana taknya, boyfriend dengan businessman, memanglah duit banyak, tapi tak sangka kan, kau ni nak kata cantik taklah sangat, tapi dapat boyfriend handsome gila, kaya pula tu,” tokok Yun. Husni duduk di kerusi biliknya.

    “Nasib beb, dapat si Joey tu, ni pun dia yang belikan masa jalan kat Mid Valley tadi, kebetulan lalu kat kedai, dia belikanlah,” terang Husni lalu memasukkan pakaian ke dalam almari.

    “Yela, nasib kau baik dapat si Joey tu,” cebik Yun. Husni ketawa. Lin meletakkan resit di atas meja.

    “Uni, malam ni kau ada plan apa-apa tak?” tanya Lin. Husni menjungkitkan bahunya.

    “Tak ada rasanya, kenapa Lin?”

    • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

    “Aku cadang malam ni apa kata kita pergi clubbing? Aku ada dengar dari member aku kat ofis, katanya ada night club baru buka dekat dengan Hilton Hotel,” Yun duduk di birai katil berhampiran dengan Lin. Husni memandang Lin. Kepalanya berfikir sebentar.

    “Ermmm, aku esok cuti, tapi petang tu Joey ada cakap nak ajak aku keluar petang tu,” jawab Husni.

    “Ala, Uni, kau tak payahlah pikir sangat pasal Joey tu, esok kau jumpalah dia, malam ni jomlah kita ke night club, aku pun dah lama tak clubbing ni,” ujar Yun. Lin mengangguk setuju. Husni tersenyum.

    “Ok, malam ni jom kita clubbing,” balasnya.

     

     

    Lin memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Arak di tangannya ditogok rakus. Kepalanya terasa pening. Yun yang sedang terlentok di bahu seorang lelaki India sekadar tersenyum. Heeee, kan aku dah cakap, confirm malam ni clubbing best, getusnya. Husni masih lagi rancak menari dengan seorang lelaki di atas pentas. dentuman muzik rock bergema di ruang kelab malam itu.

    “Come, I have something for you,” ujar lelaki bertubuh sasa itu. Lin segera bangun lalu membetulkan duduknya.

    “What?” soalnya. Lelaki bertubuh sasa itu mengeluarkan sepeket plastik kecil yang mengandungi beberapa biji pil berwarna merah jambu.

    “This,do you know what is this dear?” soal lelaki India pula. Yun masih lagi terlentok di bahu lelaki India itu.

    “Let me think, ermmmm,” Yun berfikir sebentar. Lelaki India itu memeluknya.

    “Well darling, this is Ice Boom, take one, put it in your drinks,” ujar lelaki bertubuh sasa itu.

    “Ice Boom, can I take it too John?”soal Lin. Lelaki bertubuh sasa yang dipanggil John itu menganguk sambil tersenyum. Lin segera mengambil sebiji pil itu lalu mencampurkannya ke dalam minumannya.

    “Raj, can you make it for me?” rengek Yun.Lelaki India yang dipanggil Raj tersenyum.

    “Sure, but I make it double for you, okay?” ujar Raj. Yun menyeringai sebelum mencium pipi lelaki India itu. “Okay, here you go,” ujar Raj. Segelas minuman keras bercampurkan pil itu dihulurkan kepada Yun. Yun menyambutnya lalu meneguk sehingga habis. Habis sahaja minuman itu, kepalanya terasa khayal. Lin mula khayal. Gelak tawanya menghilai bersama tawa John.

    “Come, darling, lets dance,” ajak John. Lin segera bangkit. John meminpin Lin ke pentas. Kedua-duanya menari tanpa rasa malu. Yun sekadar memerhati. Raj memeluknya.

    “You don’t want to dance dear?” soal Raj.

    “No, I feel…..” kata-katanya terhenti. Husni datang lalu mengambil tas tangannya.

    “Yun, aku lepak dengan mamat tu, ok? Karang korang balik berdua ye,”  ujarnya sambil berjalan. Yun yang masih berada di dalam dakapan Raj sekadar memerhati. Matanya mula kuyu tatkala pil yang diambilnya mula memberi kesan. Dia mula khayal seiring dengan dentuman muzik yang kian menggila.

    { 0 comments… add one }

    Leave a Comment